DHAKA: Dengan lebih 21,000 kes denggi dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun di Bangladesh, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Ahad berkata ia sedang meningkatkan sokongannya kepada kerajaan Bangladesh untuk membendung wabak denggi.
UNICEF berkata ia menyampaikan kit ujian yang diperlukan dengan segera bernilai AS$2.25 juta, latihan profesional, bersama bekalan dan perkhidmatan kritikal lain dalam sektor kesihatan dan air, sanitasi dan kebersihan, untuk melindungi kanak-kanak dan bertindak balas terhadap kecemasan kesihatan awam, lapor Xinhua.
Wabak denggi kini telah merebak ke 64 daerah, katanya.
Menurut Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga di Bangladesh, lebih 112,000 kes denggi telah dilaporkan, di mana 20 peratus adalah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Lebih 500 kematian berkaitan denggi telah dilaporkan.
"Sekali lagi, kanak-kanak di Bangladesh berada di barisan hadapan perubahan iklim ketika krisis denggi di sini semakin meningkat," kata wakil UNICEF ke Bangladesh, Sheldon Yett.
"Kerajaan Bangladesh sedang melaksanakan tindak balas yang tepat pada masanya dan berkesan terhadap situasi denggi yang berterusan di negara ini. Keperluan pada masa ini adalah untuk masyarakat memastikan nyamuk tidak membiak di rumah mereka dan mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk menghalau nyamuk, " kata ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Bangladesh, Abul Bashar Mohammad Khurshid Alam.
Antara langkah lain, UNICEF berkata ia menyokong kerajaan dalam melibatkan komuniti dan meningkatkan kesedaran tentang pencegahan denggi, dan mengambil langkah pencegahan yang perlu.
UNICEF seterusnya berkata ia telah menggerakkan pemimpin agama dan masyarakat untuk mempengaruhi orang ramai dengan maklumat yang boleh diambil tindakan untuk mengurangkan penularan denggi. Melalui penyebaran maklumat di perhimpunan besar-besaran dan media sosial, ia telah membantu kerajaan mencapai lebih 50 juta orang dengan mesej mengenai perlindungan daripada denggi pada bulan lepas.
UNICEF berkata ia juga bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menyokong kerajaan dengan bekalan perubatan kritikal, termasuk kit dengan 13,400 ujian, membina kapasiti kakitangan, memberikan nasihat teknikal dan melaksanakan tindakan seperti kempen untuk membersihkan tapak pembiakan di kawasan terpilih.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sun Aug 27 2023

UNICEF pada Ahad berkata ia sedang meningkatkan sokongannya kepada kerajaan Bangladesh untuk membendung wabak denggi. - Gambar hiasan

IKEA rancang buka kedai fizikal di Sarawak
IKEA dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.
Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.
[TERKINI] Ismail Sabri selesai beri keterangan hari kelima di ibu pejabat SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai beri keterangan hari kelima di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan kes penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.

Parlimen Indonesia lulus pindaan undang-undang tentera di tengah protes
Parlimen Indonesia meluluskan pindaan kontroversi terhadap Undang-Undang Tentera Nasional Indonesia (TNI) meskipun berdepan bantahan daripada kumpulan mahasiswa dan organisasi masyarakat sivil.
Banjir: 20 sekolah di Johor terjejas, situasi dijangka memburuk
Sebanyak 20 buah sekolah di Johor terjejas susulan bencana banjir yang melanda negeri itu melibatkan lima daerah merangkumi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

Beberapa jalan terputus hubungan akibat banjir di Sabah - JKR
Beberapa jalan di daerah Beluran, Kudat, Pitas dan Kota Marudu terputus hubungan hari ini akibat bencana banjir yang melanda selepas hujan lebat berterusan malam tadi.
[TERKINI] Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun.

“Cuti, cuti” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 2.51 petang selepas memberi keterangan sekitar 5 jam pada Khamis.

Pegawai Imigresen didakwa terima rasuah RM47,600
Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600.

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.

Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.

Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 36, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept.

Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.