Rakaman kamera 'dashcam' yang dipasang pada kereta merakamkan detik cemas itu yang berlaku pada Jambatan Phong Chau di wilayah Phu Tho, utara Vietnam.
Menurut laporan media tempatan dan antarabangsa, runtuhan itu juga sekali gus menyebabkan beberapa kenderaan jatuh ke dalam sungai.
Jambatan yang merentasi Sungai Hong itu menghubungkan daerah Lam Thao dengan daerah Tam Nong.
Susulan kejadian itu, anggota tentera diarahkan membina jambatan sementara bagi menghubungkan kembali kedua-dua daerah tersebut.
Operasi kini kini sedang giat digerakkan bagi mengesan 13 orang mangsa manakala tiga lagi mangsa berjaya diselamatkan.
Taufan Yagi mencetus panik di seluruh utara negara berikutan banjir dan tanah runtuh menyebabkan jutaan penduduk terputus bekalan elektrik.
Pihak berkuasa turut memberi amaran Taufan Yagi akan menyebabkan lebih banyak kekacauan kerana ia kini bergerak ke bahagian barat negara itu.
Lebih 240 penduduk dilaporkan cedera akibat taufan yang membawa angin dengan kelajuan hingga 203 km/j (126 mph).
Taufan Yagi merupakan yang paling kuat di Asia setakat tahun ini. - Agensi