PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan varian baharu COVID-19, Omicron, kini dikenal pasti di 38 negara seluruh dunia.
Ketua Teknikal WHO bagi COVID-19 Maria Van Kerkhove mengesahkan, varian yang mula dikenal pasti di Afrika Selatan itu mempunyai ciri-ciri lebih cepat menular.
"Kita menyaksikan pertambahan kes, kita juga menyaksikan pertambahan kes Omicron yang dikenal pasti.
"Dan pada waktu ini, data yang kami peroleh mungkin hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja, tetapi 38 negara didapati kenal pasti kes baharu di enam wilayah WHO dan kami menyaksikan peningkatan trend di Afrika Selatan.
"Jadi, ada data yang menyatakan ia lebih cepat merebak. Apa yang perlu kita fahami adalah, sama ada ia lebih cepat menular atau tidak berbanding Delta.
"Penting diingatkan, buat masa ini, varian Delta masih dominan di seluruh dunia. Jadi, kita perlu kenal pasti perbezaan antara Delta dan Omicron apabila kedua-duanya menular di dalam populasi pada masa yang sama.
"Jadi, akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kajian sedang dijalankan," katanya di Geneva pada Jumaat.
Menurut Van Kerkhove, ada laporan yang menyatakan mereka yang dijangkiti varian ini mempunyai tahap komplikasi yang berbeza, dari ringan kepada lebih tenat.
Jelasnya lagi, kes indeks bermula dari kluster kumpulan pelajar universiti yang mempamerkan gejala ringan.
Namun, katanya, mereka adalah dari golongan muda yang kebiasaannya menunjukkan simptom ringan jika dijangkiti COVID-19.
Pada masa sama, Ketua Bahagian Kecemasan WHO Dr Michael Ryan menjelaskan, perkara itu perlu dipandang serius memandangkan varian baharu ini dilihat mempunyai kebolehjangkitan terhadap individu sihat.
"Hakikat bahawa kebanyakan kes adalah ringan, mungkin mencerminkan fakta bahawa ia merebak di kalangan orang muda yang sihat," tambahnya.
Astro Awani
Sat Dec 04 2021

VAN KERKHOVE: Kami menyaksikan peningkatan trend di Afrika Selatan. Jadi, ada data yang menyatakan ia lebih cepat merebak. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.

Kes pertama varian mpox baharu disahkan di Jerman
Kes pertama varian clade Ib mpox di luar benua Afrika telah disahkan di Sweden pada pertengahan Ogos.

Korea Selatan rekod 11 kes mpox
KDCA memaklumkan bahawa pihaknya mempertingkatkan saringan di sempadan untuk menghadapi kemungkinan kemunculan varian baharu yang lebih berbahaya.

Kes COVID-19 meningkat 29.5 peratus - Dr Dzulkefly
Sebanyak 22,413 kes COVID-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51/2023) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember, berbanding 17,307 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

COVID-19: Hati-hati pada musim cuti, JN.1 sudah mula tersebar
Mungkin bukan hanya keceriaan yang disebarkan pada musim perayaan ini, kerana varian COVID-19 JN.1 telah mula dikesan di Malaysia semalam.

COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

COVID-19: Varian baharu dengan 'jumlah mutasi tinggi' ditemui di Britain
Varian COVID-19 baharu dengan "bilangan mutasi yang tinggi" telah dikesan di Britain.

Zambia nafi varian baharu COVID-19 punca lonjakan kes
Pihak berkuasa kesihatan Zambia pada Khamis menafikan laporan yang mengatakan terdapat varian baharu COVID-19 yang bermutasi dan lebih ganas di negara itu, lapor Xinhua.

Ahmad Zahid saran umat Islam berhati-hati dengan varian baharu COVID-19
Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

COVID-19: Varian baharu Arcturus lebih berbahaya?
XBB.1.16 yang merupakan rekombinan dua varian Omicron, BA.2 yang lain pertama kali dikesan pada akhir Januari lalu.