SINGAPURA:Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Isnin.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, warga emas yang juga pesara itu adalah pemegang pas lawatan jangka panjang dan tinggal di negara itu sejak Januari tahun lepas.
Dilabelkan sebagai kes 59395, wanita berkenaan adalah ahli keluarga kepada kes 59365, iaitu seorang lelaki warga Singapura berusia 44 tahun yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran di Pasukan Polis Singapura, 2 Mowbray Road di sini.
Lelaki berkenaan disahkan positif COVID-19 pada 16 Jan.
MOH memaklumkan bahawa wanita berkenaan didapati mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (ARI) dan cirit-birit pada 9 Jan lepas dan kehilangan rasa pada 14 Jan, namun belum mendapatkan rawatan.
Setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes 59365, wanita terbabit telah dihubungi oleh MOH pada 16 Jan dan menjalani ujian COVID-19 apabila menunjukkan mempunyai gejala.
Setelah ujian wanita berkenaan menunjukkan positif COVID-19 pada keesokannya, pesakit kemudiannya dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.
"Ujian menunjukkan dia positif. Bersama dengan gejala COVID-19, ini menunjukkan kemungkinan jangkitan baru-baru ini bermula pada 9 Jan, " menurut MOH.
Wanita itu adalah salah satu daripada kes berkaitan dengan kluster kes 59280 dengan enam kes disahkan positif.
Kes 59280 adalah rakan kes 59365, dilaporkan pada 14 Jan membabitkan lelaki warga Singapura berusia 32 tahun yang bekerja sebagai doktor haiwan di Pasukan Polis Singapura, 2 Mowbray Road.
Sementara itu, seorang lagi warga Malaysia, lelaki berusia 30 tahun adalah antara 12 kes import dilaporkan pada Isnin.
Lelaki berkenaan adalah pemegang permit kerja tiba dari Malaysia didapati tidak bergejala dan dilabel sebagai kes 59390, menurut MOH.
Setakat tengah hari, Singapura melaporkan 14 kes baharu membabitkan 12 kes import dan dua jangkitan tempatan menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di republik itu sebanyak 59,127.
Tiada kes membabitkan asrama pekerja asing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Wanita itu adalah salah satu daripada kes berkaitan dengan kluster kes 59280 dengan enam kes disahkan positif. - Gambar fail/REUTERS

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.