Thailand sedang merangka garis panduan bagi membuka semula pintu sempadan negara untuk ahli perniagaan dan pelawat dari negara berisiko rendah, semasa keadaan COVID-19 di dalam negara itu semakin bertambah baik, selepas tiada jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 16 hari.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Tanarak Pipat berkata Kementerian Kesihatan Awam dan Kementerian Pelancongan negara sedang berbincang bagi merangka satu set garis panduan bagi menghalang gelombang kedua jangkitan COVID-19 apabila pintu sempadan dibuka semula nanti.
"Kami sedang menyediakan dokumennya. Sebaik sahaja ia disiapkan, kami akan menghantarnya ke Pusat Pentadbiran Keadaan COVID-19 (CSSA)," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun beliau berkata tiada tarikh tertentu ditetapkan untuk membuka semula sempadan negara.
Tanarak berkata agensi-agensi serta pihak berkuasa yang berkaitan sedang bekerja keras untuk membolahkan pelawat dari kalangan ahli perniagaan untuk memasuki Thailand terlebih dahulu, diikuti dengan pelawat dari negara yang berisiko rendah.
"Ketika ini kami menerima permohonan daripada syarikat-syarikat antarabangsa untuk membenarkan pekerja mereka masuk bekerja.
"Kita akan buka (sempadan) untuk pelawat daripada kalangan ahli perniagaan. Ia pendekatan berisiko rendah. Mereka yang akan tinggal di Thailand untuk tempoh agak lama. Mereka akan menjalani tempoh kuarantin 14 hari, dan kos akan ditanggung oleh syarikat masing-masing.
Bagi para pelancong, Tanarak berkata Thailand akan membuka sempadannya kepada pelancong secara berperingkat bagi menghalang gelombang kedua jangkitan COVID-19.
Bagi kunjungan pelancong, ia akan bermula dengan pelancong dari negara berisiko rendah dan penilaian akan dibuat dari semasa ke semasa sebelum pintu sempadan negara "dibuka dengan lebih luas".
Beliau seterusnya mengulangi bahawa proses saringan pelancong yang tiba akan terus ditingkatkan.
Sehingga kini sempadan Thailand kekal ditutup sehingga 30 Jun. Bermula 26 Mac semua warga asing dilarang daripada memasuki Thailand, kecuali para diplomat dan warga asing yang memiliki permit kerja.
Pada 3 April, Thailand menyekat penerbangan komersial antarabangsa dan tempoh sekatan telah dilanjutkan sehingga 30 Jun, bagaimanapun warga Thailand, para diplomat dan warga asing dengan permit kerja dibenarkan memasuki Thailand, dan mereka diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari sebaik tiba.
Selepas penutupan beberapa bulan, media tempatan melaporkan bahawa Thailand berharap agar dapat membuka pintu sempadannya kepada pelancong dari negara berisiko rendah, termasuk dari China dan Korea Selatan, pada suku ketiga dan terakhir tahun ini.
Sementara itu Thailand melaporkan empat kes COVID-19 baharu dan tiada kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhannya kini menjangkau 3,125 kes dengan 58 kematian.
Jurucakap CCSA Thaweesilp Wissanuyothin berkata empat kes baharu itu melibatkan warga Thailand berumur 34 hingga 44 tahun; yang baru kembali dari India (dua), dan masing-masing satu dari Madagascar dan Pakistan.
Daripada 3,125 kes COVID-19 itu, 2, 981 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar wad.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020

Thailand akan membuka sempadannya kepada pelancong secara berperingkat bagi menghalang gelombang kedua jangkitan COVID-19. - Foto AP/Hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.

GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan
Mahkamah Majistret menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes ugutan jenayah, melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan GISB.

Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.

Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.

Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.

Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.