BANGKOK:Thailand mencatatkan 167 kes baharu COVID-19 dan satu lagi kematian dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu kepada 23,903 dengan 80 kematian.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kematian tunggal itu melibatkan seorang perempuan warga Thailand berusia 65 tahun dari Samut Sakhon yang merupakan pesakit kanser larinks dan mempunyai masalah kesihatan yang kronik.
Wanita itu diuji positif pada 1 Jan dan meninggal dunia pada Isnin malam (8 Feb).
Beliau berkata daripada 157 kes baharu, 106 melalui pengesanan kes aktif, 38 kes melibatkan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital dan 13 kes import, termasuk lima kru udara Indonesia yang memohon penginapan sementara di Thailand.
Thaweesilp berkata usaha pengesanan kes aktif akan diteruskan walaupun semua kumpulan sasar di Samut Sakhon, pusat penularan terbaru pandemik itu di Thailand telah diuji.
"Pihak berkuasa kesihatan awam telah menguji kira-kira 100,000 orang di Samut Sakhon dan lebih kurang 7,000 positif COVID-19.
"Kami akan teruskan usaha pengesanan kes aktif dan menyasarkan 5,000 ujian sehari (di Samut Sakhon)," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Thailand mencatatkan 167 kes baharu COVID-19 dan satu lagi kematian dalam tempoh 24 jam yang lepas. - Gambar fail/REUTERS
Piala ASEAN 2024: Vietnam mara ke final, tewaskan Singapura agregat 5-1
Rafaelson Fernandes muncul wira Vietnam apabila meledak jaringan berganda untuk membantu pasukan mara ke pentas akhir kejohanan berprestij itu.
Presiden Azerbaijan dakwa Rusia bertanggungjawab
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev secara terbuka mendakwa Rusia telah menembak pesawat penumpang Azerbaijan Airlines J2-8243 pada 25 Disember lepas, menyebabkan ia terhempas.
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Media tempatan Azerbaijan melaporkan, Aliyev membuat dakwaan tersebut sewaktu ditemuramah di Lapangan Terbang Baku
Kelantan,Terengganu dan Sabah dilanda banjir
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kedua-dua negeri itu kembali dilanda bencana tersebut pada Ahad.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berdasarkan portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 18 pps dibuka di tiga daerah di Kelantan manakala Terengganu terpaksa membuka semula 16 PPS di dua daerah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.
Festival Citrawarna Kampong Bharu tarik pelancong dekati nilai sejarah
Festival anjuran OMNI Holdings Sdn Bhd yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lepas itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik.
China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400 kilometer sejam (km/j), diperkenalkan di Beijing pada Ahad, menurut pengendali kereta api negara itu.
Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai
Mayat 24 warga Azerbaijan dibawa pulang
Mayat 24 warga Azerbaijan yang terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau, Kazakhstan telah dibawa pulang ke ibu negara Baku, lapor media tempatan.
Taiwan tutup 14 sekolah pada 2024
MOE mendedahkan bahawa 14 institusi itu terdiri daripada sembilan sekolah rendah, sebuah sekolah menengah rendah dan empat institusi pengajian tinggi.
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
Sukan SEA 2025: Penganjur tambah jumlah acara di luar jangkaan - MOM
Sukan SEA 2025 di Thailand berpotensi menjadi edisi yang menawarkan jumlah pingat emas terbanyak, dengan 585 acara dijangka dipertandingkan dari 9 hingga 20 Dis di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla.
Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Pasukan tuan rumah mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
Thailand terima jemputan jadi negara rakan BRICS
Thailand berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan ahli BRICS untuk meningkatkan peluang ekonomi dan menonjolkan peranannya.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Thailand 2024: Peralihan politik, cabaran ekonomi dan diplomasi serantau
Tahun 2024 menyaksikan Thailand mengharungi era peralihan politik, cabaran ekonomi serta fokus baharu terhadap diplomasi serantau.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.