SINGAPURA: Singapura melaporkan 19,420 kes baharu jangkitan COVID-19 pada Selasa, dengan 19,179 merupakan kes tempatan manakala 241 kes import.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan (MOH) di laman web rasminya, tujuh kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Sementara itu,The Straits Times melaporkan republik itu mencatat jumlah kes harian tertinggi sejak wabak itu melanda pada Januari 2020.
Sejak 28 hari lepas, data merekodkan 99.7 peratus dari 191,882 pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau mengalami simptom ringan.
Angka kes jangkitan COVID-19 mencecah 497,997, dengan 913 kematian.
Dalam perkembangan lain, menurut MoH bagi mengurangkan tekanan terhadap klinik dan poliklinik Pengamal Perubatan Am (GP), individu positif ujian kendiri tanpa sebarang simptom (PERSONS) boleh membuat temu janji di mana-mana Pusat Ujian Gabungan (CTC) atau Pusat Ujian Pantas (QTC) bagi menjalankan Ujian Pantas Antigen kendiri dan dipantau kementerian (ART) mulai hari ini hingga 15 Mac 2022.
"Kami akan buka 48 pusat untuk permulaan, dan akan memperluaskannya menjadi 205 pusat pada akhir minggu ini.
"Kerajaan akan membiayai ART dalam tempoh empat minggu ini," menurut kementerian itu.
Sejak beberapa minggu kebelakangan, klinik GP, poliklinik dan hospital terus merekodkan peningkatan bilangan pesakit, kebanyakannya tanpa gejala atau bergejala ringan.
Jabatan Kecemasan hospital turut merekodkan kehadiran pesakit yang tidak memerlukan bantuan perubatan kecemasan.
"Kunjungan pesakit ini tidak perlu, dan berisiko menjejaskan quota mereka yang benar-benar memerlukan rawatan perubatan," menurut kementerian.
Orang ramai boleh menempah ART menerusi https://go.gov.sg/community-ART-test.
Setakat 14 Feb, 90 peratus rakyat sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19, dan 64 peratus menerima dos penggalak.
Singapura pada Isnin turut mengumumkan vaksin COVID-19 Nuvaxovid oleh Novavax akan digunakan ke atas individu berumur 18 tahun dan ke atas, sebagai vaksin primer COVID-19 dan penggalak bagi menjayakan Program Vaksinasi Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022

Sejak 28 hari lepas, data merekodkan 99.7 peratus dari 191,882 pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau mengalami simptom ringan. - Foto fail/AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.