Singapura akan menutup sementara kesemua 70 masjid di republik itu mulai hari ini selama lima hari bagi kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Dalam kenyataan pada Khamis, MUIS juga memaklumkan tiada solat Jumaat hari ini di semua masjid.
Langkah itu diambil berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.
Dua jemaah tersebut merupakan antara 90 warga Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, dari 27 Feb hingga 1 Mac lalu.
MUIS berkata ia difahamkan bahawa individu yang disahkan positif COVID-19 tersebut mungkin sering berkunjung ke masjid di sini sejak pulang dari Kuala Lumpur.
Justeru, langkah diperlukan bagi mengelak masjid sebagai kluster terbesar jangkitan koronavirus tersebut, menurut kenyataan tersebut.
Menurut majlis itu, setakat jam 1 tengah hari Khamis, sebanyak empat masjid ditutup iaitu Masjid Muttaqin, Masjid Kassim, Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Jamae Chulia.
Selain itu, semua aktiviti di masjid termasuk ceramah, kelas keagamaan, kuliah dan tadika di masjid dibatalkan selama dua minggu dari 13 Mac hingga 27 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020
![COVID-19: Semua masjid di Singapura ditutup selama 5 hari mulai hari ini COVID-19: Semua masjid di Singapura ditutup selama 5 hari mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584025876_TBMasjidSingapore.jpg)
Setakat jam 1 tengah hari Khamis, sebanyak empat masjid ditutup di Singapura iaitu Masjid Muttaqin, Masjid Kassim, Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Jamae Chulia. - Gambar hiasan
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia di jangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723721338_TBChowKonYeow.jpg)
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
![Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723731965_Afham.jpg)
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
AWANI 7:45 [15/08/2024] – Nidza Afham selamat dikebumikan | Pembunuhan kejam | Sangkal dakwaan pengguna X | Srettha dilucut jawatan PM
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi langsung dari Johor Bahru;
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
AWANI Ringkas: Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704258370_TBarakkondojpg.jpg)
Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
Isu pertama melibatkan dakwaan penutupan fasiliti surau selama dua hari pada 3 dan 4 Disember lalu tanpa sebarang notis.
![Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024 - Kementerian Kewangan Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024 - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624853545_kontena.jpg)
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024 - Kementerian Kewangan
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus merentasi semua sektor pada 2024 berikutan prestasi perdagangan global dan prospek sektor komoditi yang bertambah baik.
![SOP Thaipusam: Upacara kavadi tidak dibenarkan SOP Thaipusam: Upacara kavadi tidak dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/71547869702_batucaves.jpg)
SOP Thaipusam: Upacara kavadi tidak dibenarkan
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) perayaan Thaipusam dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari.
![Krismas: Upacara sembahyang dan koir dibenarkan, aktiviti berkunjung untuk yang lengkap vaksinasi Krismas: Upacara sembahyang dan koir dibenarkan, aktiviti berkunjung untuk yang lengkap vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/71483158607_ChristmasPresents.jpg)
Krismas: Upacara sembahyang dan koir dibenarkan, aktiviti berkunjung untuk yang lengkap vaksinasi
KPN dalam satu kenyataan memaklumkan, SOP berkenaan akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember 2021.
![Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629349185_TBRayaHaji.jpg)
Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi
Manakala bilangan jemaah bagi solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.
![KPN tetapkan SOP rumah ibadat selain Islam untuk penerima lengkap vaksinasi KPN tetapkan SOP rumah ibadat selain Islam untuk penerima lengkap vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628748564_tempatibadat.jpg)
KPN tetapkan SOP rumah ibadat selain Islam untuk penerima lengkap vaksinasi
SOP bagi pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penerima vaksin COVID-19 lengkap sudah diselaras.
![[KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan [KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624279034_PKPSekatanJalanR.jpg)
[KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan
Penulis membangkitkan persoalan mengapa kes positif COVID-19 tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun 'lockdown' hampir satu bulan.
![Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61589849787_solatJumaat.jpg)
Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak
Hanya 12 orang sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan surau Jawatankuasa Kariah sahaja, dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau berkuat kuasa solat Subuh esok.
![KKM kesan 11 kluster baharu melibatkan tempat kerja, komuniti dan aktiviti keagamaan KKM kesan 11 kluster baharu melibatkan tempat kerja, komuniti dan aktiviti keagamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617531191_SwabTest.jpg)
KKM kesan 11 kluster baharu melibatkan tempat kerja, komuniti dan aktiviti keagamaan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kluster baharu direkodkan sehingga jam 12.00 tengah hari pada Ahad.
![PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620857816_madjiftrg.jpg)
PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Antara aktiviti dibenarkan adalah solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat dengan 40 jemaah lelaki sahaja.