PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) kini disambung lagi dan kita melihat banyak keluhan di media sosial oleh rakyat mengenai pelanjutannya.
Bilangan kes positif COVID-19 juga tidak menunjukkan penurunan yang ketara walaupun 'lockdown' telah dilaksanakan selama hampir satu bulan.
Mengapakah ini berlaku? Adakah mungkin ia disebabkan ramai sedang mengalami kelesuan pandemik atau 'pandemic fatigue'?
Apakah yang dimaksudkan dengan kelesuan pandemik?
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi 'Policy framework for supporting pandemic prevention and management' terbitan 2020, kelesuan pandemik merupakan:
• Reaksi semula jadi dan dijangka terhadap kesukaran hidup atau tekanan akibat pandemik yang berterusan.
• Dicirikan sebagai hilang motivasi dan putus asa terhadap tingkah laku untuk melindungi diri daripada jangkitan atau mendapatkan maklumat mengenai pandemik. Ini menyebakan mereka tidak lagi mematuhi SOP atau mengambil tindakan pencegahan yang sepatutnya.
• Kesan ini boleh berkembang dari masa ke masa dan merangkumi aspek emosi, persepsi serta tingkah laku.
Apakah tanda-tanda kelesuan pandemik?
1) Perasaan gemuruh atau risau.
2) Letih walaupun mendapat tidur yang mencukupi.
3) Hilang motivasi atau arah tuju.
4) Cepat marah.
5) Perasaan sedih atau keseorangan.
6) Peningkatan dari aspek penggunaan dadah dan alkohol.
Terdapat juga terma kelesuan Zoom atau 'Zoom fatigue' yang dikaitkan dengan kelesuan pandemik. Ini disebabkan oleh pengunaan media Zoom secara berlebihan untuk urusan kerja atau tugasan.
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ketika talian Zoom dijalankan, berlakunya kurang stimulasi kepada otak disebabkan oleh penggunaan isyarat badan (non verbal cues) yang terhad berbanding ketika interaksi fiizikal.
Akibatnya, otak perlu bekerja keras untuk menumpukan perhatian hingga menyebabkan berlakunya keletihan serta membangkitkan perasaan cepat marah.
Apakah punca berlakunya kelesuan pandemik?
Secara umumnya ia terjadi akibat pandemik yang berpanjangan dan masih tidak nampak penghujungnya.
Pandemik secara tidak langsung bukan sahaja melibatkan kebimbangan terhadap penyakit, tetapi juga menjejaskan ekonomi. Ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan yang tetap.
Selain dari itu, keperluan norma baru menyebabkan hilangnya rutin harian yang biasa dilalui di samping pengasingan sosial.
Kehilangan yang dialami adalah menyeluruh meliputi kehilangan rutin harian, hubungan fizikal bersama keluarga dan rakan, sambutan peristiwa penting atau perayaan, peluang kerja, punca pendapatan serta percutian.
Jika dilihat, pandemik bukan hanya menjejaskan mereka yang dijangkiti penyakit, tetapi ia turut menjejaskan semua orang.
Tidak ada yang terlepas dari melalui kesan pandemik terhadap kehidupan harian.
Ia secara tidak langsung telah memusnahkan persepsi kehidupan normal yang biasa dilalui.
Mengapa ia perlu diatasi?
Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, maka terdapat risiko untuk mendapat kemurungan serta kecelaruan keresahan (anxiety disorder).
Ia juga turut dikaitkan dengan bunuh diri di mana terdapat peningkatan kes bunuh diri yang berlaku akibat pandemik yang berlarutan.
Di Amerika Syarikat (AS), didapati bahawa empat daripada sepuluh orang dewasa telah melaporkan gejala kemurungan dan keresahan ketika pandemik, berbanding satu daripada 10 dewasa sebelumnya.
Kajian yang dijalankan oleh Kaiser Family Foundation (KFF) mendapati antara gejala yang sering dilaporkan adalah sukar tidur (36 peratus), gangguan selera makan (32 peratus), peningkatan penggunaan alkohol dan dadah (12 peratus) dan keadaan penyakit kronik yang bertambah teruk (12 peratus) disebabkan oleh tekanan akibat COVID-19.
Wanita lebih ramai terkesan berbanding lelaki, manakala golongan belia berusia antara 18 sehingga 24 tahun pula melaporkan gejala kemurungan, keresahan serta keinginan untuk membunuh diri yang lebih tinggi berbanding orang yang lebih dewasa.
Apakah yang boleh kita lalukan untuk menangani kelesuan pandemik?
1) Sebagai organisasi, kita boleh cuba membenarkan aktiviti dengan risiko yang rendah bagi membolehkan masyarakat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Sediakan garis panduan tentang aktiviti yang dibenarkan serta kekalkan arahan yang sama bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.
2) Pastikan bahawa anda makan secara tetap dan seimbang, bersenam, tidur secukupnya serta kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein dan alkohol. Jadualkan waktu khusus untuk bersenam dan beriadah. Penjagaan diri yang baik (selfcare) adalah sangat penting.
3) Memastikan jadual harian yang teratur setiap hari. Bangun awal seperti waktu bekerja biasa serta jalankan tugasan mengikut waktu bertugas yang sebenar di ruang kerja yang dikhaskan. Penjadualan memudahkan kita merancang aktiviti serta mengekalkan motivasi.
4) Pastikan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya walaupun di antara mesyuarat atau tugasan dalam talian untuk mengelakkan keletihan. Teknik relaksasi dan meditasi juga dapat membantu mengurangkan stres dan kegemuruhan seseorang.
5) Terhadkan penggunaan gajet dan media termasuk media sosial. Terdapat terma 'Doomscrolling' di mana pendedahan terhadap berita negatif di media telah didapati menyebabkan rasa gemuruh dan bimbang yang ketara.
6) Teruskan untuk berhubung dengan rakan serta keluarga yang lain melalui talian atau media sosial. Ini mengelakkan rasa sunyi serta merupakan satu medium untuk berkongsi kebimbangan dengan orang lain.
7) Gunakan masa lapang yang ada untuk melakukan hobi serta aktiviti peningkatan diri.
8) Menjalankan aktiviti keagamaan serta kerohanian di rumah sama ada secara individu atau bersama keluarga. Aspek spiritual telah dikenal pasti sebagai salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan tekanan.
9) Berikan sokongan dan bantuan kepada orang lain yang memerlukan mengikut kemampuan diri. Terdapat banyak ruang untuk melakukan kebaikan ketika ini dan ia boleh dilakukan secara dalam talian. Melakukan kebaikan serta perkara yang positif boleh mendatangkan rasa gembira dalam diri seseorang.
10) Refleksi diri serta ambil maklum sekiranya terdapat perubahan pada emosi serta tingkah laku. Ambil langkah pencegahan sekiranya ia berlaku.
Kesimpulannya, walaupun kelesuan pandemik merupakan satu reaksi dan tindak balas yang dijangka akibat dari pandemik yang berterusan, namun sesuatu harus dilakukan oleh setiap individu untuk menguruskannya dengan baik bagi mencegah daripada berlakunya impak psikologi yang ketara.
Bagaimanapun, jika anda mengalami gejala yang berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian, maka penilaian lanjut perlu dilakukan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.
Adalah penting untuk kita terus memberikan tumpuan khusus untuk kesejahteraan minda sepanjang pandemik ini bagi mengelakkan berlakunya tekanan serta gangguan emosi.
Perlu diingatkan bahawa kesejahteraan minda turut menjejaskan pematuhan kepada SOP, maka pengurusan emosi dan tekanan yang baik adalah perlu agar pandemik ini dapat ditamatkan.
* Penulis adalah Pakar Perunding Psikiatri Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Firdaus Abdul Gani
Tue Jun 29 2021
Pandemik COVID-19 bukan hanya menjejaskan mereka yang dijangkiti, tetapi turut menjejaskan semua orang. - Gambar hiasan / Astro AWANI
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit
Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit.
WHO isytihar wabak virus Marburg di Rwanda berakhir
WHO pada Jumaat mengisytiharkan bahawa wabak Penyakit Virus Marburg di Rwanda telah berakhir.
Selesema burung H5N1: Risiko kepada orang ramai kekal rendah - WHO
WHO memberi jaminan kepada orang ramai bahawa risiko jangkitan manusia daripada selesema burung H5N1 kekal rendah.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WHO hantar pakar ke Congo siasat wabak penyakit misteri
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar pakar ke Republik Demokratik Congo untuk membantu pihak berkuasa kesihatan tempatan menyiasat wabak penyakit baharu yang membawa maut.
Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.
Waspada, kekal cakna ancaman mpox menjelang musim cuti akhir tahun - Pakar
Menjelang musim cuti akhir tahun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat kebimbangan kesihatan termasuk yang berkaitan penyakit Mpox.
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).