PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menyelaras prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penerima vaksin COVID-19 lengkap.
KPN menerusi kenyataan memaklumkan bagi negeri di Fasa Satu dan Dua PPN, kehadiran penganut yang lengkap vaksinasi bagi tujuan aktiviti keagamaan atau sembahyang adalah terhad kepada 50 orang pada satu-satu masa dengan waktu beroperasi dibenarkan dari 6 pagi hingga 2 petang dan dari 4 petang hingga 10 malam.
Bagi negeri di Fasa Tiga PPN, had kehadiran penganut yang telah lengkap vaksinasi bagi aktiviti keagamaan atau sembahyang pula tertakluk kepada saiz ruang sembahyang rumah ibadat, manakala waktu beroperasi dibenarkan adalah dari 6 pagi hingga 2 petang dan dari 4 petang hingga 10 malam.
Menurut kenyataan itu, penerima vaksin lengkap merujuk kepada penganut yang telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac dan penganut berkenaan mesti telah melepasi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua.
Negeri di Fasa Satu PPN ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur, Selangor dan Kedah.
Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah berada di Fasa Dua PPN manakala Perlis, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak berada di Fasa Tiga.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021

SOP pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penerima vaksin COVID-19 lengkap sudah diselaras.
AWANI Borneo [10/3/2025] – Banjir Sabah & Sarawak | Cetus kekecohan | ASEAN
AWANI Borneo Isnin, 10 Mac 2025 bersama Fauzi Zin.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.

SPRM reman penjawat awam terima rasuah daftarkan pusat jagaan
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier
Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak.

Bom kedua dijumpai di Kinarut berjaya dimusnahkan
Bom kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan hari ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.