TOKYO:Satu lagi varian baharu koronavirus dikesan di Jepun, lapor The Japan Times.
Strain mutan baharu itu, yang hampir sama dengan varian lain yang dilaporkan di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan, dikesan pada empat pelancong yang tiba dari Brazil, Kementerian Kesihatan Jepun memaklumkan perkara itu pada Ahad.
Pelancong lelaki berusia 40-an tidak menunjukkan sebarang simptom ketika tiba, namun mula mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke wad.
Pelancong wanita berusia 30-an mengalami simptom sakit kepala manakala pelancong lelaki dalam lingkungan usia 10 ke 19 tahun mengalami demam.
Seorang lagi pelancong dalam lingkungan usia sama tidak mengalami sebarang simptom.
Keempat-empat mereka dikesan positif koronavirus itu di pusat kuarantin lapangan terbang dan strain mutan baharu itu dikesan melalui pemeriksaan teliti oleh NIID.
Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NIID) dalam pada itu berkata tiada bukti setakat ini bahawa ia amat mudah berjangkit, namun NIID masih menyiasat sama ada varian itu boleh menyebabkan simptom teruk selain kesannya terhadap vaksin.
Astro Awani
Sun Jan 10 2021

Empat pelancong dari Brazil itu dikesan positif koronavirus di pusat kuarantin lapangan terbang. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.

Kes pertama varian mpox baharu disahkan di Jerman
Kes pertama varian clade Ib mpox di luar benua Afrika telah disahkan di Sweden pada pertengahan Ogos.

Korea Selatan rekod 11 kes mpox
KDCA memaklumkan bahawa pihaknya mempertingkatkan saringan di sempadan untuk menghadapi kemungkinan kemunculan varian baharu yang lebih berbahaya.

Kes COVID-19 meningkat 29.5 peratus - Dr Dzulkefly
Sebanyak 22,413 kes COVID-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51/2023) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember, berbanding 17,307 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

COVID-19: Hati-hati pada musim cuti, JN.1 sudah mula tersebar
Mungkin bukan hanya keceriaan yang disebarkan pada musim perayaan ini, kerana varian COVID-19 JN.1 telah mula dikesan di Malaysia semalam.

COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

COVID-19: Varian baharu dengan 'jumlah mutasi tinggi' ditemui di Britain
Varian COVID-19 baharu dengan "bilangan mutasi yang tinggi" telah dikesan di Britain.

Zambia nafi varian baharu COVID-19 punca lonjakan kes
Pihak berkuasa kesihatan Zambia pada Khamis menafikan laporan yang mengatakan terdapat varian baharu COVID-19 yang bermutasi dan lebih ganas di negara itu, lapor Xinhua.

Ahmad Zahid saran umat Islam berhati-hati dengan varian baharu COVID-19
Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

COVID-19: Varian baharu Arcturus lebih berbahaya?
XBB.1.16 yang merupakan rekombinan dua varian Omicron, BA.2 yang lain pertama kali dikesan pada akhir Januari lalu.