PERTUBUHAN Kesihatan Pan Amerika (PAHO) mengumumkan pada Rabu, varian Omicron menyebabkan jumlah kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat.
Pengarahnya Carissa Etienne berkata, berbanding tahun lalu, kes yang didaftarkan di negara-negara di Amerika Utara dan Selatan itu mengalami "peningkatan 250 peratus".
"Sepanjang minggu lalu, jangkitan COVID-19 meningkat hampir dua kali ganda di rantau Amerika, daripada 3.4 juta pada 1 Jan kepada 6.1 juta pada 8 Jan.
"Jika dibandingkan dengan tahun lepas, pada minggu yang berakhir 8 Jan 2021, benua Amerika melaporkan sejumlah 2.4 juta kes.
"Manakala tahun ini, pada tarikh yang sama, terdapat 6 juta kes dilaporkan, meningkat 250% dari tahun ke tahun," katanya.
Jelasnya, walaupun varian Delta masih menyebabkan sebilangan besar jangkitan baharu di Amerika, berdasarkan aliran semasa, Omicron kini bakal menjadi dominan di rantau itu.
Beliau turut menggalakkan masyarakat mengambil dos penggalak bagi meningkatkan imuniti badan melawan COVID-19.
PAHO mendedahkan, varian Omicorn kini menular di setiap negara di benua itu dengan Amerika Syarikat mencatat kadar tertinggi, diikuti Bolivia, Ecuador, Peru dan Brazil.
Sementara itu, kadar jangkitan COVID-19 di Argentina dan Paraguay dilapor meningkat 300 peratus minggu lalu.
Kajian setakat ini mendapati varian Omicron tidak menyebabkan simptom yang serius tetapi masih boleh mengancam nyawa, khususnya bagi mereka yang tidak divaksin.
Astro Awani
Thu Jan 13 2022

Seorang warga Amerika menjalani ujian saringan COVID-19 yang dikendalikan dari sebuah van di Manhattan, New York City, 11 Jan 2022. REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

COVID-19: Peningkatan 250 peratus kes jangkitan di benua Amerika
Jangkitan meningkat hampir dua kali ganda minggu lalu, daripada 3.4 juta pada 1 Jan kepada 6.1 juta pada 8 Jan.

COVID-19: Varian Omicron dikesan di benua Amerika
Beliau turut memberi amaran, varian baharu tersebut kemungkinan besar akan mula dilihat di negara-negara lain.

COVID-19: Kesihatan mental perlu diberi perhatian - PAHO
Pengarahnya Dr Carissa F Etienne menjelaskan pada Rabu, sekiranya krisis ini tidak ditangani, ia bakal membawa padah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: 47 negara PAHO kenal pasti kes melibatkan VOC
COVID-19 terus menjadi kebimbangan utama di benua ini terutamanya di negara yang tiada liputan vaksinasi yang meluas.

Vaksin COVID-19: Proses kelulusan CanSino bermula Jun lalu
COVAX merupakan inisiatif pengedaran vaksin yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Akses vaksin: Benarkan perjalanan luar negara bukan penyelesaian - PAHO
Kekayaan individu, kedudukan dalam masyarakat atau kemampuan melakukan perjalanan seharusnya tidak menjadi penentu akses kepada vaksin.

Vaksin COVID-19: PAHO syor penggunaan AstraZeneca
Keputusan ini menyusul selepas beberapa negara Eropah termasuk Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol menggantung penggunaan vaksin tersebut susulan laporan risiko pembekuan darah.

Vaksin COVID-19 tidak diedar secara adil - PAHO
Dr Etienne menegaskan pengedaran vaksin secara tidak adil tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukanlah hak istimewa golongan tertentu.

COVID-19: Kes jangkitan di Amerika Utara dan Selatan turun 10 peratus - PAHO
Kadar kes jangkitan COVID-19 di Pan Amerika Utara dan Selatan dilaporkan mula mencatat penurunan.