Mexico membuat pinjaman berjumlah AS$1 bilion (kira-kira RM4.27 bilion) dari Bank Dunia susulan kesan akibat COVID-19 yang mula memberi tekanan kepada ekonomi negara itu.
Reuters yang memetik laporan akhbar perniagaan El Economista pada Ahad melaporkan kerajaan negara itu memohon pinjaman pada 19 Mei lalu bagi menangani kesan wabak dan mendapat lampu hijau daripada pemberi pinjaman antarabangsa itu pada 31 Mei lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Gabriel Yorio melalui akaun twitternya berkata pinjaman itu belum dikontrakkan untuk tujuan tertentu.
Pinjaman Dasar Pembangunan (DPL) adalah untuk keperluan umum kerajaan dan berada dalam had hutang yang dipersetujui kongres Mexico.
Mexico kini merekodkan 113,619 kes positif COVID-19 dengan 13,511 kematian.
Astro Awani
Sun Jun 07 2020
Protes di Mexico susulan impak COVID-19. -Gambar fail
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Deklarasi Kuala Lumpur komitmen penjawat awam sokong penuh agenda reformasi - KSN
Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam.
COVID-19: Mexico pinjam AS$1 bilion daripada Bank Dunia
Pinjaman Dasar Pembangunan (DPL) adalah untuk keperluan umum kerajaan dan berada dalam had hutang yang dipersetujui kongres Mexico.