SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres menggesa agar kerajaan seluruh dunia mengutamakan keselamatan wanita ketika melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.
“Keganasan bukan sahaja berlaku di medan perang.
“Bagi ramai wanita, ancaman itu wujud di satu-satu tempat yang sepatutnya melindungi mereka - di rumah sendiri,” kata Guterres dalam satu perutusan khas.
“Saya membuat rayuan baharu supaya keamanan diwujudkan di rumah-rumah seluruh dunia.”
Katanya, perintah berkurung dan kuarantin semestinya perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan koronavirus.
“Namun, ini boleh memerangkap wanita bersama pendera di rumah.”
Tambah Guterres, ketakutan dan kegusaran mengenai tekanan ekonomi dan sosial sejak kebelakangan ini menyebabkan keganasan rumah tangga meningkat secara mendadak di seluruh dunia.
Ekoran itu, jumlah panggilan ke talian bantuan turut meningkat di beberapa negara.
Malaysia menyaksikan peningkatan sebanyak 57 peratus, iaitu 1,893 panggilan, ke Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sejak PKP dilaksanakan.
Menurut PBB, keadaan serupa dicatatkan di Lubnan sejak tercetusnya pandemik COVID-19.
Di China, panggilan meningkat tiga kali ganda, sementara di Australia, enjin carian seperti Google menyaksikan peningkatan paling tinggi untuk carian berkaitan bantuan keganasan rumah tangga dalam tempoh lima tahun yang lalu.
“Saya gesa agar semua kerajaan mengutamakan pencegahan keganasan terhadap wanita dalam strategi negara menangani COVID-19,” tegas Guterres.
Antara cadangan yang dikemukakan termasuk meningkatkan pelaburan dalam perkhidmatan dalam talian serta dalam organisasi masyarakat sivil.
Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan sistem kehakiman diteruskan supaya keadilan bagi mangsa keganasan terjamin serta membuka tempat perlindungan sebagai perkhidmatan keperluan bawah PKP.
Sistem amaran kecemasan juga boleh ditubuhkan di farmasi dan pasaraya bagi mudah mendapatkan bantuan.
“Hak dan kebebasan wanita adalah asas kepada masyarakat yang kukuh dan berdaya tahan,” ujar Guterres.
BACA: Mengapa kes keganasan rumah tangga meningkat semasa PKP?
BACA: KPWKM nafi laporan peningkatan kes keganasan rumah tangga ketika PKP
Sebelum pandemik COVID-19 tercetus, statistik PBB menunjukkan bahawa satu pertiga daripada wanita di seluruh dunia pernah mengalami keganasan.
Pada 2017, 87,000 wanita dibunuh secara sengaja, dan lebih separuh daripada mereka dibunuh oleh pasangan intim atau rapat.
Pada Sabtu, KPWKM menafikan terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga direkodkan melalui Talian Kasih walaupun terdapat peningkatan dalam panggilan yang diterima.
Nailah Huda
Mon Apr 06 2020
![COVID-19: Keganasan rumah tangga meningkat sejak wabak tercetus - PBB COVID-19: Keganasan rumah tangga meningkat sejak wabak tercetus - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61586142681_DomesticViolence.jpg)
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggesa agar kerajaan seluruh dunia mengutamakan keselamatan wanita ketika melaksanakan PKP. Gambar hiasan
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![Ketua PBB seru hentikan kerosakan di bumi Ketua PBB seru hentikan kerosakan di bumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701484177_UnitedNations.jpg)
Ketua PBB seru hentikan kerosakan di bumi
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menyeru tindakan segera bagi menghentikan kerosakan di Bumi dengan menyatakan hampir 40 peratus tanah di planet ini
![Setiausaha Agung PBB kecam peningkatan keganasan dan serangan ke atas orang awam di Myanmar Setiausaha Agung PBB kecam peningkatan keganasan dan serangan ke atas orang awam di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711255047_tbAntonioGuterres.jpg)
Setiausaha Agung PBB kecam peningkatan keganasan dan serangan ke atas orang awam di Myanmar
Antonio Guterres, "mengutuk sekeras-kerasnya" serangan terbaharu tentera Myanmar di Negeri Rakhine dan Wilayah Sagaing yang dilaporkan telah meragut banyak nyawa orang awam.
![Ketua PBB sambut baik pelan gencatan senjata Biden Ketua PBB sambut baik pelan gencatan senjata Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707451921_AntonioGuterres.jpg)
Ketua PBB sambut baik pelan gencatan senjata Biden
Dalam catatannya di Platform X, Antonio Guterres berkata sudah tiba masanya untuk perang ini dihentikan.
![Serangan Israel di Rafah: Rakyat Palestin tidak ulangi Nakba 1948 Serangan Israel di Rafah: Rakyat Palestin tidak ulangi Nakba 1948](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716852209_tbGazaStrip.jpg)
Serangan Israel di Rafah: Rakyat Palestin tidak ulangi Nakba 1948
Pelajari daripada peristiwa Nakba 1948, jiwa rakyat Palestin hari ini dilihat masih kekal dengan semangat cintakan tanah air sungguhpun diserang oleh tentera Israel sejak Oktober lepas.
![Guterres kecam serangan Israel di Rafah, sifatkan 'imej yang menyayat hati' Guterres kecam serangan Israel di Rafah, sifatkan 'imej yang menyayat hati'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716966712_Israelistrike.jpg)
Guterres kecam serangan Israel di Rafah, sifatkan 'imej yang menyayat hati'
Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel pada 26 Mei yang menyasarkan kem di Rafah menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
![Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716852209_tbGazaStrip.jpg)
Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah
Guterres berkata, tiada tempat yang selamat di Gaza dan insiden ngeri ini mesti dihentikan segera.
![Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan Israel kepada Majlis Keselamatan Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan Israel kepada Majlis Keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706453523_AntonioGuterres.jpg)
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan Israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
![Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711074264_TBAntonioGuterres.jpg)
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
![Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711255047_tbAntonioGuterres.jpg)
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.