Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini menghampiri angka 36 juta apabila kira-kira 349,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu John Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.54 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 6.76 juta kes, manakala Brazil merekodkan hampir 5 juta kes. 

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.2 juta kes.

Sementara itu, Columbia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentinam Afrika Selatan, Perancis dan United Kingdom (UK) melepasi angka setengah juta dengan 546,952 hingga 869,808 kes.

Chile, Iran, Iraq, Bangladesh dan Indonesia pula merekodkan jumlah kes di antara 300,000 dan 500,000 setakat ini.

Dalam pada itu, Ukraine, Kanada, Ecuador dan Qatar pula merekodkan angka 100,000 hingga 200,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka positif COVID-19 di bawah 100,000 kes.

Sementara itu, statistik yang sama menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 melebihi 1.05 juta kes.

AS terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 211,532 kes, diikuti Brazil dengan 147,494 kes.

Dalam pada itu, India dan Mexico masing-masing merekodkan 104,555 dan 82,348 kes.

United Kingdom (UK) pula menyaksikan 42,605 kematian.

Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Negara-negara yang melebihi angka kematian lebih 20,000 ialah Iran, Colombia, Rusia dan Argentina.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.