JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 138.6 juta berikutan pertambahan lebih ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.47 juta kes diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 14.07 juta kes dan 13.67 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka lima juta kes adalah Perancis sementara melebihi empat juta adalah Rusia dan United Kingdom. 

Angka jangkitan di Itali, Turki, Sepanyol dan Jerman pula melebihi tiga juta manakala Poland, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Ukraine, Peru, Afrika Selatan, Indonesia, Kanada dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala, Romania, Belgium, Iraq, Portugal dan Filipina pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.



Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.97 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 565,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 361,000 kes, Mexico, lebih 210,000 kes.

Manakala India, United Kingdom, Itali dan Rusia pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Colombia. 

Ini termasuk Iran, Argentina, Afrika Selatan, Poland dan Peru.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.