PUTRAJAYA: HRD Corp, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menjalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University antaranya merangkumi penyediaan program latihan kemahiran bagi memastikan pekerja Malaysia bersedia untuk masa hadapan digital.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata persetujuan jalinan kerjasama strategik itu dinyatakan ketika beliau melawat universiti tersebut semasa berada di Washington, Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program-program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi 5G, keselamatan siber, teknologi blok rantai dan beberapa lagi program.
"Saya difahamkan Johns Hopkins University adalah sebuah universiti penyelidikan pertama ditubuhkan di AS.
"Saya percaya HRD Corp boleh memanfaatkan kepakaran yang dimiliki oleh Johns Hopkins University dalam kursus-kursus berteknologi tinggi terutama bagi tujuan pembangunan kemahiran golongan profesional," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saravanan berkata HRD Corp dan Johns Hopkins University juga akan bekerjasama untuk membangunkan program-program latihan jangka pendek bagi memperkuat kebolehpasaran tenaga kerja Malaysia dan itu akan menyokong usaha kerajaan dalam memastikan terdapatnya peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
"Sejajar dengan hasrat HRD Corp untuk membolehkan perolehan kelulusan melalui latihan-latihan jangka pendek, HRD Corp akan mengusahakan agar latihan yang ditawarkan penyedia latihan berdaftar turut diiktiraf oleh Johns Hopkins University.
"Selain itu, saya telah mengesyorkan HRD Corp untuk menggunakan peluang usahasama dengan Johns Hopkins University bagi meluaskan penerimaan inisiatif Microcredential HRD Corp di peringkat antarabangsa, memandangkan HRD Corp telah memperkenalkan rangka kerja microcredential baru-baru ini," katanya.
Dalam pada itu, Saravanan berkata beliau telah mengarahkan HRD Corp untuk bekerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk memastikan pegawai-pegawai kanan kerajaan dapat mencapai program-program latihan dalam bidang AI.
"Program ini akan memberi pendedahan selain melengkapkan pegawai kerajaan dengan kefahaman dan kemahiran yang diperlukan dalam memperkukuh kepimpinan," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue May 17 2022
HRD Corp akan menjalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University antaranya merangkumi penyediaan program latihan kemahiran bagi memastikan pekerja Malaysia bersedia untuk masa hadapan digital.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati', tampil keunikan budaya Peranakan
PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk Setulus Hati yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
HRD Corp jalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University
Kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G.
COVID-19: Pertambahan lebih 500,000 kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Ini menjadikan jumlah kes positif yang direkodkan melepasi angka 504 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.58 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.82 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.47 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif COVID-19.
COVID-19 global: Pertambahan 2.48 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Lebih 2.23 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.85 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif.
COVID-19: Pertambahan 1.21 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.