WANITA yang sedang menyusukan anak digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan COVID-19.
Ketua Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Soumya Swaminathan memaklumkan, tiada bukti saintifik menunjukkan vaksin tersebut akan memudaratkan ibu dan bayi yang disusukan.
“Tiada risiko sama sekali kerana semua vaksin yang telah digunakan ketika ini tidak ada yang mempunyai virus hidup. Oleh itu, tiada risiko penularan melalui susu ibu.
"Sebenarnya antibodi ibu yang melalui susu ibu hanya dapat melindungi sedikit sahaja.
"Tetapi tidak ada salahnya. Ia (vaksin) sangat selamat dan wanita yang sedang menyusukan anak boleh mengambil vaksin,” kataya.
Dr Soumya turut memaklumkan, pengambil vaksin juga amat penting buat ibu yang hamil dan sedang merancang untuk hamil.
Katanya, vaksin itu amat penting bagi melindungi ibu dan bayi dalam kandungan.
“Ia amat penting untuk semua negara memberi penerangan atau taklimat kepada semua ibu hamil dan yang merancang untuk hamil tentang risiko dan kebaikan pengambilan vaksin.
"Bagi saya ia adalah langkah yang wajar kerana seperti yang saya maklumkan, wanita hamil merupakan antara golongan yang berisiko dijangkiti dan mendapatkan vaksin boleh memberi banyak kebaikan,” katanya lagi.
Beliau pada masa sama memaklumkan, tiada masalah bagi wanita yang sedang menjalani tempoh menstruasi untuk mengambil vaksin.
“Tiada dalam kajian yang berkaitan dengan wanita yang sedang menstruasi dan vaksin selain fakta yang menunjukkan bahawa seseorang itu akan berasa sedikit letih, namun sekiranya tarikh menerima vaksin sama dengan tempoh datang haid, ia tiada masalah untuk mengambil vaksin tersebut,” jelasnya lagi.
Khairunnisa Kasnoon
Sat Jun 05 2021

Wanita yang sedang menyusukan anak digalakkan untuk mengambik suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.

Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.

AS$10 bilion diperlukan untuk pulihkan sistem kesihatan Gaza - WHO
WHO memerlukan akses yang pantas, tanpa halangan dan selamat untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).