BANGKOK:Enam lagi rakyat Thailand yang melanggar arahan kuarantin selepas menyelinap masuk ke negara ini dari Myanmar dengan menyeberangi sempadan disahkan positif COVID-19.
Sehingga kini, 10 wanita rakyat Thailand disahkan positif COVID-19 selepas memasuki negara ini secara haram.
Mereka yang melanggar arahan kuarantin itu bekerja di wilayah Tachileik, Myanmar.
Dalam perkembangan terkini, enam wanita rakyat Thailand berusia antara 21 hingga 36 tahun, menyelinap masuk ke negara ini dari wilayah utara Chiang Rai minggu lepas dan disahkan positif COVID-19 beberapa hari kemudian.
Sebahagian daripada mereka telah pergi ke Bangkok dan wilayah lain.
Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Dr Sophon Iamsirithawon berkata semua kes baharu terbabit memasuki Thailand melalui Mae Sai, Chiang Rai dan telah melanggar arahan kuarantin wajib.
Beliau berkata kes baharu itu termasuk dua wanita berusia 21 dan 25 tahun yang bekerja di sebuah hotel di wilayah Tachileik, memasuki negara ini melalui sempadan darat Mae Sai dan kemudiannya terbang ke Bangkok dan Phitsanulok.
"Mereka disahkan positif COVID-19 pada Ahad dan Selasa," katanya pada sidang media pada Rabu.
Selain itu, Dr Sophon berkata wanita tempatan berusia 36 tahun yang bekerja di Myanmar menyelinap masuk ke Thailand dan kemudiannya menaiki penerbangan dari Chiang Mai ke Bangkok sebelum menaiki bas ke Ratchaburi.
"Dia menjalani ujian COVID-19 di sebuah hospital swasta selepas mendapati seorang rakannya disahkan positif," katanya.
Kes baharu lain termasuk dua wanita berusia 23 dan 25 tahun tinggal di Chiang Mai adalah kontak rapat kepada satu kes positif dan seorang wanita berusia 28 tahun yang bekerja di sebuah hotel di sempadan pekan Tachileik.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Thongchai Keeratihatayakorn berkata kontak rapat kepada 10 pesakit telah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif COVID-19.
"Tiada penularan tempatan dilaporkan setakat ini," katanya.
Setakat ini, Thailand merekodkan 4,026 kes positif COVID-19 dengan 60 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

Sehingga kini, 10 wanita rakyat Thailand disahkan positif COVID-19 selepas memasuki negara ini secara haram. Mereka yang melanggar arahan kuarantin itu bekerja di wilayah Tachileik, Myanmar. -Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.