BUENOS AIRES: Arahan penggunaan pelitup muka di majlis dan aktiviti berkumpulan di kawasan terbuka ditarik semula di Argentina.
Menurut Menteri Kesihatan negara itu, ia susulan kejayaan penurunan kadar jangkitan dan kematian akibat COVID-19 sejak beberapa minggu lepas.
Namun, jelas Carla Vizzotti, penggunaan pelitup muka tetap diwajibkan di kawasan tertutup.
"Pertama, kita menarik semula kewajipan penggunaan pelitup muka di kawasan terbuka dan di kawasan tiada orang awam, tiada penghimpunan orang awam.
"Kewajipan pengunaan pelitup muka akan diteruskan di semua kawasan tertutup," katanya.
Dewan dan restoran dibenarkan beroperasi dengan kapasiti terhad iaitu 50 peratus dan pengunjung perlu pengesahan lengkap vaksinasi 14 hari sebelum memasuki premis.
Jelasnya lagi, bermula 1 Oktober, aktiviti yang melibatkan perhimpunan lebih 1,000 orang awam dengan kapisiti terhad 50 peratus akan dibenarkan.
Ini sekali gus bermakna stadium akan dibuka semula.
Tambahan itu, pengembara yang tiba ke negara itu bagi tujuan pekerajaan juga tidak perlu melalui proses kuarantin.
Untuk rekod, kadar jangkitan menurun sehingga 2,000 kes baharu harian yang dicatatkan berbanding 30,000 kes harian yang direkodkan sebelum ini.
Astro Awani
Wed Sep 22 2021
Orang ramai dilihat beratur di hadapan Teater Colon di Buenos Aires untuk melakukan ujian saringan COVID-19. - Foto REUTERS
PM Anwar tiba di New Delhi untuk lawatan kerja tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New Delhi di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari di India.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Thaksin Shinawatra tak bimbang dituduh hina kerabat diraja, anggap ia bermotifkan politik
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tidak begitu risau dengan perbicaraan kes jenayah yang akan dihadapinya kerana memfitnah golongan diraja, yang boleh menyebabkan beliau dikenakan penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Iran ada hak untuk balas dendam terhadap Israel
Rundingan gencatan senjata di Gaza langsung tidak mempunyai kaitan dengan perancangan serang balas Iran susulan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Dr Ismail Haniyeh, tegas jurucakap Kementerian Luar Iran, Naser Kanani, pada Isnin.
Beliau berkata, Iran tidak berhajat untuk meningkatkan ketegangan di timur tengah, namun negara itu masih mempunyai hak untuk menghukum pelaku tersebut.
Beliau berkata, Iran tidak berhajat untuk meningkatkan ketegangan di timur tengah, namun negara itu masih mempunyai hak untuk menghukum pelaku tersebut.
Hari Kebangsaan 2024: Larangan penggunaan dron pada 26 hingga 31 Ogos di seluruh negara
Penggunaan dron tanpa kelulusan di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024 bermula dari 26 hingga 31 Ogos ini, adalah dilarang.
Sebuah teluk di Venezuela tercemar, harta benda rosak turut rosak
Sebuah teluk di pantai utara di laut Carribean tercemar akibat insiden tumpahan minyak yang dipercayai berpunca dari sebuah kilang penapisan El Palito, Venezuela beberapa hari lain.
Enam mangsa hilang, operasi mencari dan menyelamat diteruskan
Beberapa pasukan penyelam dan helikopter telah dikerahkan pada Isnin untuk mencari enam mangsa yang hilang dalam sebuah insiden kapal layar tenggelam di perairan Palermo,Italy.
Tujuh hilang selepas kapal layar karam di Sicily
Tujuh individu dikhuatiri hilang selepas kapal layar yang mereka naiki tenggelam pada awal pagi Isnin di persisiran pantai Sicily, Palermo Italy.
Agensi berita Reuters melaporkan, setakat ini pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan 15 penumpang yang lain termasuk seorang kanak-kanak.
Agensi berita Reuters melaporkan, setakat ini pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan 15 penumpang yang lain termasuk seorang kanak-kanak.
Kembara Merdeka platform semarak semangat patriotisme - KKDW
Rubiah berkata program kembara itu perlu diteruskan agar dapat memberikan manfaat kepada komuniti desa selaras hasrat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah semasa majlis penutup Kembara Merdeka 2023.
Naik taraf prasarana sukan guna model Liga Bola Sepak Malaysia - KBS
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menggunakan model Liga Bola Sepak Malaysia dalam menaik taraf prasarana sukan di seluruh negara.
Situasi COVID-19 di Malaysia terkawal, tiada ledakan kes - Dr Dzulkefly
Berdasarkan pemerhatian KKM, jumlah kes jangkitan dan kemasukan pesakit ke hospital atau fasiliti kesihatan juga dalam keadaan terkawal.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat MPN Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Lyles terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.