BANGKOK:Thailand akan menyambut sekumpulan pelancong multinasional yang memilih untuk menjalani 'kuarantin vila' di sebuah hotel mewah di pulau peranginan Phuket, Ahad ini.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kumpulan pertama daripada 70 pelancong itu dijadualkan tiba di Phuket dengan penerbangan sewa khas dari Indonesia Ahad ini.
Katanya, pelancong berkenaan akan menjalani kuarantin wajib di resort mewah bertaraf lima bintang, Sri Panwa di pulau berkenaan.
"Pelancong akan menginap di vila lima hari pertama kuarantin dan kemudian mereka boleh meninggalkan vila untuk melakukan aktiviti luar di dalam kawasan vila," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Rabu.
Media tempatan melaporkan pelancong berkenaan termasuk dari Amerika Syarikat, Brazil, Kanada, Ukraine, Perancis dan Denmark yang melancong menggunakan pesawat sewa khas telah berulang kali menjalani ujian saringan COVID-19 di negara-negara yang dilawati mereka.
"Sekiranya, kuarantin vila terbukti berjaya, Thailand akan menjadi destinasi pelancongan di dalam normal baharu," katanya.
Untuk meningkatkan industri pelancongannya, Thailand melancarkan pelbagai inisiatif termasuk menawarkan resort golf sebagai pusat kuarantin selain menawarkan visa jangka panjang khas untuk menarik kedatangan pelancong.
Pada tahun lepas, negara Gajah Putih itu menerima hanya 6.7 juta kedatangan pelancong asing, berbanding hampir 40 juta pada 2019.
Sementara itu, dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 175 kes baharu COVID-19 dengan sifar kematian, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 24,961 kes dan 82 kematian.
Thaweesilp berkata daripada 175 kes baharu itu, 168 adalah penularan tempatan yang merangkumi 114 dikesan melalui pengesanan kes aktif dan 54 kes dirawat di hospital dan tujuh kes diimport.
"Dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak 71 kes baharu dikesan melalui kluster baharu in Pathum Thani, yang mempunyai kaitan dengan tiga pasar segar di wilayah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 17 2021
Thailand akan menyambut sekumpulan pelancong multinasional yang memilih untuk menjalani 'kuarantin vila' di sebuah hotel mewah di pulau peranginan Phuket, Ahad ini. -Gambar fail
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
AWANI Ringkas: Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Suspek pembunuh bekas ahli parlimen Kemboja di Bangkok, ditahan di Kemboja
Polis Nasional Kemboja jalankan pencarian teliti dan pada 1.50 tengah hari, 8 Jan 2025, Polis Provinsi Battambang menemukan dan menahan suspek.
Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024
China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti oleh Malaysia dan India.
Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam, padam rekod cemerlang Gajah Perang
Seawal minit kelapan, Pham Tuan Hai, menyumbat gol pertama buat pasukan pelawat untuk kedudukan 1-0 selepas dilayangkan kad kuning.
Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
Sukan SEA 2025: Penganjur tambah jumlah acara di luar jangkaan - MOM
Sukan SEA 2025 di Thailand berpotensi menjadi edisi yang menawarkan jumlah pingat emas terbanyak, dengan 585 acara dijangka dipertandingkan dari 9 hingga 20 Dis di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla.
Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Pasukan tuan rumah mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
Thailand terima jemputan jadi negara rakan BRICS
Thailand berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan ahli BRICS untuk meningkatkan peluang ekonomi dan menonjolkan peranannya.