CHINA merekodkan 10 kes baharu positif COVID-19 pada Jumaat dan kesemua kes yang direkodkan adalah kes import.

Tiga kes dilaporkan di Shanghai, dua masing-masing di Guangdong dan Yunnan, dan satu masing-masing di Tianjin, Fujian dan Shaanxi.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional, sejumlah 21 kes telah pulih daripada COVID-19 dilaporkan dalam tempoh sama.

Dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes positif di tanah besar itu adalah 85,112 termasuk 194 daripadanya sedang menerima rawatan dan tiga dalam keadaan tenat.

Manakala, sejumlah 80,284 kes dilaporkan telah pulih sepenuhnya dan 4,634 kes kematian direkodkan di republik itu.