HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mempertahankan tindakan menangani COVID-19 oleh kerajaannya, ketika wilayah itu menghadapi peningkatan kes baharu di penempatan padat.
Lam memanggil sidang akhbar pada petang Sabtu bagi kes jangkitan varian Omicron di kawasan perumahan awam Kwai Chung di pinggir bandar Kowloon.
Tambahnya, pihak berkuasa mahu memastikan "tidak akan ada jangkitan wabak komuniti besar-besaran" di Hong Kong.
"Orang ramai telah bertanya tentang dasar sifar COVID-19 ini. Saya telah mengatakannya berkali-kali, ia bukan sifar mutlak. Ia adalah "dinamik sifar".
"Ia adalah satu bentuk cubaan untuk menangani setiap kali ada kes. Ini juga strategi tanah besar. Mereka telah mengalami wabak sporadis ini di pelbagai bandar, terutamanya sejak kebelakangan ini.
"Jadi perkara penting adalah di bawah strategi kami, kami mengukuhkan kapasiti kami untuk menangani episod wabak ini dengan menyekat penyebaran varian secepat mungkin, supaya tidak akan ada wabak komuniti besar-besaran di Hong Kong," katanya.
Selama berbulan-bulan Hong Kong melaksanakan dasar kawalan perjalanan dan kuarantin yang sangat ketat, dan dengan tahap kesedaran dan perlindungan awam yang tinggi selepas pengalaman menghadapi jangkitan (sindrom pernafasan akut teruk) SARS yang dibawa dari tanah besar China sekitar tahun 2003.
Bagaimanapun, di sebalik langkah berjaga-jaga yang diambil, Hong Kong tetap berhadapan dengan jangkitan baha u yang mana merupakan "gelombang kelima" kes COVID-19.
Bilangan jangkitan masih sangat rendah berbanding dengan banyak negara lain di seluruh dunia.
Sekolah ditutup sehingga selepas cuti Tahun Baru Cina pada Februari dan restoran tidak dibenarkan operasi selepas jam 6 petang.
Astro Awani
Sat Jan 22 2022

Selama berbulan-bulan Hong Kong melaksanakan dasar kawalan perjalanan dan kuarantin yang sangat ketat. - Foto AP
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

COVID-19: Hong Kong semak semula sekatan susulan penurunan kes
Bandar yang dikuasai China itu mempunyai beberapa peraturan COVID-19 yang paling ketat di dunia.

COVID-19: Hong Kong arah ujian saringan wajib ke atas semua penduduk
Kesemua 7.5 juta penduduk akan diwajibkan melakukan tiga ujian bermula pertengahan Mac.

Carrie Lam pertahan dasar COVID-19 yang diambil kerajaan
Lam berkata, pihak berkuasa mahu memastikan "tidak akan ada jangkitan wabak komuniti besar-besaran" di Hong Kong.

Perdagangan multilateral mainkan peranan amat penting - Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam
Perdagangan multilateral memperlihatkan nilai yang amat signifikan apabila amalan perlindungan terus berleluasa pada masa ini.

Penduduk Hong Kong mula terima suntikan vaksin COVID-19
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.

COVID-19: Hong Kong lulus penggunaan vaksin secara kecemasan
Kerajaan bersetuju untuk dapatkan 22.5 juta vaksin dari Oxford-AstraZeneca, syarikat Sinovac dan Fosun yang bekerjasama dengan syarikat Jerman BioNTech.

Kebakaran apartmen, tujuh maut manakala 11 lagi cedera
Kebakaran berpunca daripada sebuah restoran di bangunan tersebut namun punca kebakarannya masih lagi dalam siasatan.

Hong Kong tangguh pilihan raya ekoran penularan COVID-19
LegCo perlu melalui pilihan raya setahun sekali, bagi memilih 70 anggota yang dipilih secara langsung atau tidak langsung.

COVID-19: Hong Kong wajibkan penggunaan pelitup muka
Kira-kira 180,000 penjawat awam di Hong Kong akan mula bekerja dari rumah pada minggu hadapan susulan berikutan lebih 100 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan pada Ahad.

Hong Kong rai ulang tahun ke-23 penyerahan kepada China
Ulang tahun penyerahan Hong Kong pada tarikh 1 Julai itu sekian lama dianggap sebagai hari perpecahan dan perbezaan pendapat di wilayah separa autonomi itu.