HONG KONG: Perdagangan multilateral memperlihatkan nilai yang amat signifikan apabila amalan perlindungan terus berleluasa pada masa ini, kata Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor pada Rabu.
Semasa berucap pada majlis perasmian Forum Kemuncak Jalur dan Laluan keenam di Hong Kong, beliau yakin forum yang menumpukan agenda perdagangan antarabangsa itu dapat menyumbang kepada peningkatan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), selain merancakkan perdagangan multilateral.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) merangkap Pengerusi Persekutuan Industri dan Perniagaan Seluruh China (ACFIC), Gao Yunlong dalam ucapannya menerusi pautan video menyifatkan Hong Kong sebagai wadah penting bagi pembangunan BRI.
Menurut beliau, dengan memanfaatkan kelebihan tersendiri dalam bidang kewangan dan perdagangan antarabangsa serta perkhidmatan profesional, Hong Kong memainkan peranan sebagai penghubung penting bagi menggalakkan kerjasama BRI.
Bertemakan "Pacu Pertumbuhan menerusi Perdagangan Serantau dan Antarabangsa", forum itu merangkumi pelbagai acara termasuk sesi dialog, subforum, sesi promosi pelaburan, pameran dan lain-lain.
Lebih 6,000 peserta dari 80 buah negara dan wilayah berdaftar untuk menyertai forum tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021
![Perdagangan multilateral mainkan peranan amat penting - Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam Perdagangan multilateral mainkan peranan amat penting - Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615183285_CarrieLam.jpg)
Carrie Lam yakin forum yang menumpukan agenda perdagangan antarabangsa itu dapat menyumbang kepada peningkatan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), selain merancakkan perdagangan multilateral. - Gambar fail/REUTERS
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
!['Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas 'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737108218_TBKOKAIN.jpg)
'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.
![Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736843954_tbSkuadbolinglelak.jpg)
Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong
Skuad boling lelaki negara muncul juara dalam acara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2.
![Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736371583_pemainbolingwanit.jpg)
Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.
![Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735280241_TanBinShenjpg.jpg)
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
![Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732252295_penanginternational.jpg)
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
![Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730703124_AnthonyLoke.jpg)
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
![APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731712456_Bilateralmeetingj.jpg)
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.
![Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731045774_GreaterBayArea.jpg)
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
![Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729067721_monyethongkong.jpg)
Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo
Kematian sembilan ekor monyet dalam beberapa hari di sebuah zoo di Hong Kong, mendorong siasatan dijalankan untuk mengetahui puncanya, lapor United Press International (UPI).
![Pos Hong Kong keluar setem peringatan ulang tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia Pos Hong Kong keluar setem peringatan ulang tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727145194_commemorativestamp.jpg)
Pos Hong Kong keluar setem peringatan ulang tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia
Pos Hong Kong akan keluarkan helaian setem dan produk filateli bertemakan 'Ulang Tahun ke-150 UPU' bagi memperingati hari istimewa itu.