SELEBRITI pujaan ramai Amerika Syarikat seperti Lady Gaga, Bruce Springsteen, Madonna Beyonce dan suaminya, Jay Z, adalah antara mereka yang ligat berkempen di atas pentas Hillary Clinton.
Penglibatan artis dan pemuzik dari dunia glamor AS itu menambahkan senarai selebriti yang terlibat dalam usaha mempengaruhi pengundi demi sokongan kepada calon Demokrat.
Pada Isnin lalu, bintang rock Springsteen menghangatkan malam menjelang hari pengundian di Philadelphia, alpor AFP.
“Mari laksanakan tanggungjawab kita supaya kita boleh melihat kembali ke tahun 2016, di mana kita berdiri bersama Hillary Clinton di tapak yang benar dalam sejarah kita,” ujar Springsteen kepada 40,000 penonton yang berhimpun berdekatan Independence Hall.
Bintang itu memberitahu, Donald Trump hanya akan ‘mengutamakan kepentingan dan egonya serta membelakangkan demokrasi Amerika’.
Sokongan yang sama turut dizahirkan secara terbuka oleh seorang lagi bintang rock, Jon Bon Jovi, yang te;ah ke North Carolina untuk menjayakan rapat umum bersama penyanyi Lady Gaga.
“Saya tahu betapa pentingnya mesej ini untuk disebarkan. Kita tidak perlu untuk membenci pengikut Trump,” lata Lady Gaga.
Madonna pula mengujakan para penyokong Clinton di New York dengan sebuah konsert terbuka, dengan menyampaikan lagu-lagu popularnya termasuk ‘Express Yourself’.
“Seingat saya, kita masih hidup dalam negara cauvinis, seksis dan misoginis yang ekstrem. Sebab itulah Hillary Clinton perlu menjadi Presiden,” ujar Madonna.
Penyanyi pop bertaraf legenda itu juga menunjukkan rasa bimbang sekiranya Trump menjadi Presiden.
“Adakah kita mahu menjadi bahan ketawa seluruh dunia?” kata Madonna.
Sementara itu, Trump menghabiskan kempen-kempen terakhirnya dengan mengeji Beyonce dan Jay Z, kerana menyokong Clinton.
Calon Republikan itu mendakwa, rapat umumnya dihadiri lebih ramai orang berbanding rapat umum yang dihadiri pasangan artis itu.
Trump juga mengutuk penggunaan bahasa Beyonce dan Jay Z yang tidak sesuai dan kotor dalam lagu-lagu persembahan sewaktu pasangan itu berkempen untuk menyokong Clinton di Ohio.
Astro Awani
Tue Nov 08 2016
Beyonce dan suaminya, Jay Z, menyertai barisan selebriti AS yang menyokong kempen Clinton. - Gambar fail
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.