ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Nov 2024.


1. Hubungan persahabatan Malaysia-China makin matang, kukuh

Hubungan diplomatik Malaysia dan China kini berada pada tahap matang sehingga mampu menghadapi sebarang isu dan cabaran yang mungkin timbul antara dua negara.



2. KPT semak kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine

KPT akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine.


3. Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung

Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.


4. Kes ponteng, buli di sekolah di Jepun catat rekod tertinggi

Seramai 346,482 pelajar sekolah rendah dan menengah di Jepun diklasifikasikan sebagai ponteng pada 2023, mencatatkan peningkatan tahunan selama sebelas tahun berturut-turut.


5. Lebih 62 juta rakyat Amerika undi awal menjelang pilihan raya

Lebih 62 juta rakyat Amerika mengundi awal dengan lima hari lagi menjelang Pilihan Raya, menurut data yang diterbitkan pada Khamis.


6. Boeing tawarkan kenaikan gaji 38 peratus kepada pekerja mogok

IAM pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.


7. Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan

Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.


8. Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China

Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.


9. Kerajaan Punjab, Pakistan tutup sekolah untuk kanak-kanak berisiko tinggi kerana kualiti udara memburuk

Pada Khamis, Lahore mencatatkan AQI sebanyak 201, mendorong kerajaan mengisytiharkan kabus asap sebagai 'bencana'.


10. Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa

Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.