ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.


1. Perolehan dagangan Rusia-China catat rekod baharu AS$240 bilion

Putin berkata, jumlah perdagangan keseluruhan secara tepat mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.



2. China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin

China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.


3. ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.


4. Angka kematian terus meningkat akibat banjir kilat, aliran lahar dingin

Angka kematian akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan aliran lahar dingin dari gunung berapi aktif Gunung Marapi meningkat kepada 67 orang di beberapa daerah di Sumatera Barat.


5. Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak

Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.


6. Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China

Seperti yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.


7. China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron

Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.


8. Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden

Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.


9. Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti

Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.


10. Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar

Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.