ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Februari 2024.


1. Pendengaran awam mengenai dasar Israel di wilayah Palestin bermula

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin mula mengadakan pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.



2. Menteri Luar Palestin gesa ICJ tamatkan pendudukan Israel

Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki pada Isnin menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menamatkan pendudukan Israel dan menganggapnya sebagai "tidak sah."


3. Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin

Pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur didengar oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin.


4. Gaza: WHO bantu keluarkan 14 pesakit dari Hospital Nasser

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membantu memindahkan 14 pesakit dari Hospital Nasser di bandar Khan Younis yang dikepung tentera Israel, menurut Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.


5. Mesir: Menara bersejarah di Saladin Citadel dibuka semula kepada pengunjung

Dua menara di Saladin Citadel, satu daripada mercu tanda terkenal di ibu negara Mesir di sini dibuka kepada orang ramai pada Ahad selepas menjalani kerja-kerja pemulihan, lapor Xinhua.


6. Ketua PBB buka mesyuarat peringkat tinggi mengenai Afghanistan di Doha

Mesyuarat dua hari yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres bersama wakil khas pelbagai negara untuk Afghanistan, bermula di Qatar pada Ahad.


7. Tentera Maghribi selamatkan 141 imigran di pantai Atlantik

Tentera Maghribi berjaya menyelamatkan sejumlah 141 migran di luar pantai Atlantik pada Ahad, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita MAP.


8. Reddit dibayar AS$60 juta setahun benarkan data pengguna diguna untuk latih AI

Minggu lalu muncul laporan Reddit membenarkan sebuah syarikat yang dirahsiakan menggunakan data pengguna mereka untuk melatih model AI.


9. Lebih 50 ditembak mati dalam serangan hendap di Papua New Guinea

Sekurang-kurangnya 53 orang maut dalam serangan hendap di wilayah tanah tinggi terpencil di Papua New Guinea.


10. Apple akan didenda AS$500 juta oleh EU kerana amalan anti persaingan

Menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.