ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 September 2023.


1. Selepas bulan, India lancar kapal angkasa kaji matahari

Agensi angkasa lepas India pada Sabtu melancarkan kapal angkasa Aditya-L1 untuk mengkaji matahari.



2. Pengendali saluran YouTube berkonsep keibubapaan didakwa dera anak

SEORANG wanita dari Utah, Amerika Syarikat yang mengendalikan saluran YouTube berkonsep keibubapaan menghadapi tuduhan penderaan dan pengabaian kanak-kanak selepas anak lelakinya melarikan diri dari rumah.


3. Raja Thailand perkenan Kabinet baharu

Raja Thailand Maha Vajiralongkorn hari ini memperkenankan anggota Kabinet baharu Perdana Menteri Srettha Thavisin, beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.


4. 9 rakyat Palestin cedera di Tebing Barat

Sembilan orang cedera pada Jumaat susulan campur tangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang mengadakan protes di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, menurut kenyataan Jawatankuasa Penentangan Popular Kfar Qaddum.


5. Perancis tidak berkompromi terhadap larangan abaya di sekolah - Macron

Presiden Perancis pada Jumaat berikrar bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap larangan pakaian yang berlebihan di sekolah.


6. Peguam Trump, 6, yang lain mengaku tidak bersalah atas tuduhan gangguan pilihan raya Georgia

Bekas Datuk Bandar New York City dan peguam Donald Trump, Rudy Giuliani pada Jumaat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjejaskan Pilihan Raya Presiden 2020, bersama enam lagi defendan.


7. Dunia 'secara rasmi masuki era migrasi iklim' - IOM

Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) menggesa penyelesaian segera bagi menangani perubahan iklim dan cabaran mobiliti manusia ketika dunia memasuki "era migrasi iklim."


8. Gempa bumi 6.1 pada skala Richter landa Severo-Kurisk, Rusia

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan 13 kilometer Severo-Kurilsk, Rusia, pada 2049 GMT waktu tempatan Jumaat, menurut Kajian Geologi AS, lapor Xinhua.


9. Jutawan Al Fayed yang juga bapa kekasih Puteri Diana meninggal dunia

Mohamed Al Fayed yang juga bekas pemilik gedung beli-belah masyhur di kota London Harrods dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun.


10. Tharman Shanmugaratnam Presiden baharu Singapura

Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Ketua Negara baharu Singapura selepas memenangi pilihanraya Presiden dengan majoriti yang ketara pada Jumaat.