ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Ogos 2023.


1. Angka kematian lebih 300, kes demam denggi cetus kecemasan kesihatan di Bangladesh

Demam denggi mencetuskan kecemasan kesihatan awam di Bangladesh, dengan 10 kematian direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 303, menurut Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).



2. 8 maut, 5 hilang bot karam di Bangladesh

Sekurang-kurangnya lapan mayat ditemukan termasuk kanak-kanak dan wanita, selepas bot penumpang karam di Munshiganj, Bangladesh pada Sabtu.


3. Letupan gudang mercun dan bunga api di Narathiwat, pemilik serah diri

Sepasang suami isteri warga Thailand yang merupakan pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat ditahan polis selepas menyerah diri pada Sabtu (5 Ogos).


4. Kot milik Elvis dilelong lebih dari AS$127,000

Kot buatan khas yang dipakai Elvis Presley sepanjang tahun terakhir hidupnya telah dijual pada harga lebih GBP100,000 AS$127,000) dalam satu acara lelongan di Britain, kata agensi berita Jerman (dpa).


5. Sweden berusaha perbaiki hubungan dengan negara Islam

Sweden mahu mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Islam, kata Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom, ketika negara itu berdepan kritikan terhadap insiden penghinaan berulang kali terhadap al-Quran, lapor Agensi Anadolu.


6. Baru kahwin, ibu suami paksa anak bercerai

TIDAK lama selepas pasangan beza usia ini mendirikan rumah tangga, sudah ada ‘cabaran’ dan ‘dugaan’ yang dihadapi.


7. Pendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin di Tebing Barat

Pendatang Yahudi di Tebing Barat menyerbu sebuah perkampungan Palestin sambil diiringi pasukan tentera, pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.


8. Angka korban tanah runtuh di Georgia meningkat kepada 17

Angka kematian akibat tanah runtuh di wilayah Racha barat laut Georgia meningkat kepada 17 setakat ini, menurut Kementerian Dalam Negeri Georgia pada Sabtu, lapor Sputnik.


9. Kanak-kanak cedera parah terjatuh dari Galaxy Spin

SEORANG kanak-kanak berusia 6 tahun cedera parah selepas terjatuh dari permainan sebuah taman tema di Florida, Amerika Syarikat (AS).


10. Nenek 90 tahun gagah bekerja di restoran McDonald's

Tamiko Honda yang berusia 90 tahun mungkin boleh dianggap sebagai pekerja McDonald's paling setia di Jepun.