ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 September 2024.


1. Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan

Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.



2. MAHA 2024: Tumpuan penuh kepada sektor padi dan beras, serta ruminan - Mat Sabu

Kementerian telah mengenal pasti dua negeri lagi yang boleh membantu dalam mengembangkan lagi sektor padi dan beras negara.


3. Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat

Barisan pimpinan parti itu lebih mementingkan jumlah pertambahan pengundi Melayu berbanding soal kemenangan.


4. Pearly-Thinaah juara Terbuka Hong Kong

Gandingan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, beroleh kejayaan pertama tahun ini selepas membenam pilihan kedua kejohanan, Liu Shengshu-Tan Ning di Kowloon, Hong Kong.


5. MoU Peruntukan: Syarat seperti difikirkan Kerajaan, terserah Pembangkang terima atau tidak - Zahid

Kerajaan menyerahkan kepada Pembangkang sepenuhnya untuk membuat ketetapan berhubung dua draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).


6. Kerajaan tidak pernah buat keputusan wajibkan sijil halal - Ahmad Zahid

Kerajaan tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk mewajibkan semua restoran dan syarikat pengendali makanan untuk memohon sijil halal.


7. ARRC: Hafizh Syahrin naik podium menjelang perebutan akhir kejuaraan di Buriram

Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan JDT Racing Team kembali memburu kejuaraan selepas meraih kedudukan podium pada Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.


8. Jangan jadikan anak murid sebagai bahan uji kaji, rombak semula peperiksaan - Zahid

Dasar pendidikan yang memansuhkan peperiksaan di tahun enam dan tingkatan tiga perlu dirombak dan disemak semula.


9. Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin parti itu adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.


10. 'Saya nak kedamaian' - Yusof Haslam gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga

PENGARAH terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan di antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.