1. FBI siasat "cubaan bunuh" selepas insiden tembakan berhampiran Trump
Insiden tembakan berhampiran bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad sedang disiasat sebagai "yang kelihatan seperti cubaan bunuh," kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
2. Cubaan bunuh: Trump ucap terima kasih kepada perkhidmatan rahsia pastikannya "selamat"
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon Republikan Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan mereka terhadap cubaan bunuh yang menimpanya pada Ahad di Florida.
3. Biden lega Trump tidak cedera selepas cubaan bunuh
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melahirkan rasa lega kerana bekas presiden dan calon presiden semasa Donald Trump tidak cedera berikutan cubaan membunuh.
4. Mexico, Malaysia berpotensi kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi - Duta
Mexico dan Malaysia mempunyai potensi besar untuk kerjasama yang signifikan dalam pelbagai bidang teknologi, hasil daripada ekosistem inovasi yang semakin berkembang dan kedudukan geografi yang strategik, kata Duta Besar Mexico ke Malaysia, Luis Javier Campuzano.
5. Keluarga Diraja British ucap selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Putera Harry
Keluarga Diraja British mengucapkan selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Putera Harry.
6. Raja Abdullah lantik Jafar Hassan sebagai Perdana Menteri baharu Jordan
Pemerintah Jordan Raja Abdullah II pada Ahad telah menitahkan Jafar Hassan untuk membentuk kerajaan baharu, menggantikan Bisher Khasawneh, yang peletakan jawatannya diperkenankan baginda.
7. 45 maut selepas bot sarat muatan terbalik di Nigeria
Sekurang-kurangnya 45 orang maut dalam kemalangan bot sungai di Nigeria, kata pihak berkuasa.
8. Agensi EU: Lebih 500,000 permohonan suaka pada separuh pertama 2024
Jumlah pencari suaka di Kesatuan Eropah (EU), Norway dan Switzerland menurun sedikit pada separuh pertama tahun ini tetapi masih melebihi setengah juta.
9. Hampir 300 banduan larikan diri dari penjara Nigeria selepas banjir
Di Nigeria, 281 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar timur laut Maiduguri.
10. Seorang cedera dalam insiden letupan di bandar Cologne
Polis Jerman sedang menyiasat satu letupan yang berlaku di bandar Cologne, Jerman pada awal pagi Isnin waktu tempatan.