ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 April 2023.

1. Modi ucap selamat hari raya Aidilfitri kepada Anwar dan rakyat Malaysia

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia.

2. Pergolakan di Sudan: RSF umum genjatan senjata 72 jam sempena Aidilfitri

Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bermula 6 pagi (waktu tempatan) Jumaat sempena Aidilfitri.

3. Sudan Selatan tubuhkan pasukan khas pastikan pengeluaran minyak tidak terjejas

Sudan Selatan menubuhkan pasukan tindak pantas kecemasan (ERT) dengan kerjasama firma pengeluar minyak untuk memastikan pengeluaran minyak tidak terganggu ekoran konflik di Sudan sejak minggu lalu.

4. Pergolakan di Sudan: Dua warga Malaysia dibawa keluar

Dua rakyat Malaysia yang berada di Sudan telah dibawa keluar dari tempat mereka dan dipindahkan ke lokasi selamat, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

5. Biden bakal terima kunjungan Presiden Filipina pada 1 Mei - White House

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Filipina, Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos Junior, lapor Sputnik, memetik Setiausaha Akhbar White House Karine Jean- Pierre pada Khamis.

6. Pilihan Raya Presiden: Biden dijangka umum bertanding semula minggu depan

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan akan mengumumkan keputusan untuk bertanding semula pada minggu depan, lapor Xinhua.

7. Roket Starship milik Elon Musk meletup selepas 4 minit dilancarkan

Roket gergasi SpaceX yang sedang dalam ujian pelancaran meletup selepas beberapa minit ia dilancarkan pada Khamis.

8. Twitter mula buang tanda pengesahan biru, Bill Gates dan Kim Kardashian antara 'mangsa'

Selepas berbulan ditangguhkan, Twitter telah mula membuang tanda pengesahan biru daripada pengguna yang disahkan tetapi belum mendaftar untuk perkhidmatan langganan berbayar, Twitter Blue.

9. Megawati namakan Ganjar Pranowo calon Presiden daripada PDI-P

Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengumumkan Ganjar Pranowo sebagai calon presiden pada pilihan raya tahun depan.

10. Tuduhan membunuh terhadap pelakon Alec Baldwin digugurkan

Tuduhan terhadap Alec Baldwin atas pendakwaan membunuh tanpa sengaja ahli sinematografi, Halyna Hutchins di lokasi penggambaran filem Rust telah digugurkan, kata peguam aktor ternama Hollywood itu.