ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Mac 2022.

1. Tiada lagi pemeriksaan status vaksinasi, daftar maklumat vaksinasi untuk masuki Haramain

Prosedur pemeriksaan status vaksinasi ke atas pengunjung dan jemaah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi dimansuhkan mulai Khamis, menurut Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi.

2. Antarabangsa | Turki-Israel bina semula hubungan

Turki dan Israel bersetuju membina semula hubungan mereka walaupun masih terdapat perbezaan selepas Presiden Israel Isaac Herzog menjadi pemimpin Israel pertama melawat Turki dalam tempoh 14 tahun.

3. Presiden Ukraine tandatangan undang-undang benarkan orang awam guna senjata

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Rabu menandatangani undang-undang membenarkan orang awam menggunakan senjata ketika peperangan.

4. Gunung Merapi Indonesia meletus, ratusan penduduk dipindahkan

Gunung Merapi di Indonesia meletus pada Rabu menyebabkan lebih 250 penduduk sekitar terpaksa berpindah mencari tempat perlindungan sementara selepas ia mula memuntahkan laharnya.

5. Ukraine-Rusia | Pentagon tolak rancangan NATO salur jet pejuang

Pentagon menolak sebarang rancangan untuk menyalurkan jet pejuang MIG ke Ukraine, walaupun melalui negara kedua.

6. Ukraine akan wujudkan enam koridor kemanusiaan bagi pemindahan orang awam

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Khamis mengumumkan enam koridor kemanusiaan akan diwujudkan bagi memindahkan rakyatnya, berikutan konflik negara itu dengan Rusia.

7. Hospital bersalin, kanak-kanak Ukraine terkena serangan Rusia

Satu serangan udara tentera Rusia mengenai sebuah hospital kanak-kanak dan bersalin di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kakitangan pusat perubatan itu cedera pada Rabu.

8. COVID-19: Pfizer mula kajian ubat antiviral untuk golongan 6 hingga 17 tahun

Pfizermemulakan kajian peringkat pertengahan hingga akhir mengenai pil antiviral COVID-19 untuk kanak-kanak berusia enam hingga 17 tahun yang berisiko tinggi mendapat gejala teruk.

9. Lagi jeneral tentera Rusia maut di Ukraine

Seorang jeneral tentera Rusia terbunuh berhampiran bandar Kharkiv dalam pertempuran dengan tentera Ukraine pada Isnin.

10. Serpihan kapal penjelajah kutub 'Endurance' yang karam pada 1915 ditemui

Serpihan kapal penjelajah kutub, Ernest Shackleton iaitu 'Endurance' yang karam disebabkan ais Antartika satu abad lalu ditemui kira-kira 3,000 meter di dasar laut.