Seorang lelaki dilihat berenang di kawasan sebuah gereja selepas air dari Sungai Tana melimpah ke jalan susulan hujan lebat di Mororo, Kenya. - Foto AP
MOSCOW: Angka korban banjir di Kenya mencecah 76 orang sejak beberapa hari lepas, lapor
Sputnik, memetik media Kenya yang memperoleh data daripada kerajaan.
Selain itu, 29 orang cedera sementara 19 lagi masih hilang, lapor portal berita
The Sunday Standard pada Sabtu.
Menurut portal berita itu lagi daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
--BERNAMA-SPUTNIK
TAG: kenya, banjir, 76 terbunuh
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini