Usaha mencari mangsa yang hilang diteruskan dan bertambah sukar selepas bangkai pesawat yang tersangkut di tebing sungai hanyut.

Selepas lebih 48 jam nahas berlaku, sebahagian mayat mangsa ditemui hanyut 20 kilometer dari lokasi kejadian, Pakse.

Pihak berkuasa telah meminta penduduk di sepanjang Sungai Mekong bekerjasama mencari mayat dan memaklumkan kepada mereka jika menemuinya.

Usaha mencari turut dibantu jiran Laos, Thailand yang menghantar 9 pasukan penyelam tentera lautnya.

Bangkok menggunakan kepakarannya untuk membantu Vientienne melakukan bedah siasat dan mengenalpasti mangsa.

Daripada 49 mangsa yang terkorban, 5 daripadanya disahkan warga Thailand.