KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN (AFMM) ke-28 di Luang Prabang, Laos bermula hari ini sehingga Jumaat.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) delegasi yang sama juga menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-11 serta mesyuarat berkaitan.
Mesyuarat-mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, tambahnya dalam kenyataan pada Rabu.
Mesyuarat membincangkan dan mengambil maklum perkembangan kerjasama kewangan seperti Dana Infrastruktur Asean (AIF) di bawah agenda pembiayaan infrastruktur, kerjasama insurans, pembiayaan risiko bencana dan insurans (DRFI), integrasi kastam, Tetingkap Tunggal ASEAN, pengawalseliaan insurans, pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan pengganas serta Forum Percukaian Asean.
MOF memaklumkan Amir Hamzah juga terlibat dalam pemantauan prestasi Pelan Hala Tuju Kemajuan Integrasi Monetari dan Kewangan ASEAN termasuk liberalisasi akaun modal, pembangunan pasaran modal, liberalisasi perkhidmatan kewangan, integrasi perbankan, sistem pembayaran dan penyelesaian serta keterangkuman kewangan.
Amir Hamzah turut menjemput Menteri-menteri Kewangan Asean dan rakan dialog untuk hadir semasa Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Amir Hamzah juga terlibat dalam pemantauan prestasi Pelan Hala Tuju Kemajuan Integrasi Monetari dan Kewangan ASEAN. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.

Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.

Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).

JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi.

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.

Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.

Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.