HANOI: Laos yang mempengerusikan ASEAN mulai 1 Januari akan memanfaatkan peluang dan cabaran yang dibawa peranan baharunya itu, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar, Saleumxay Kommasith.
Beliau berkata, Laos yang mempengerusikan ASEAN buat kali ketiga, akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menggalakkan pembangunan komuniti ASEAN, mengukuhkan ketersambungan dan daya tahan blok itu di bawah tema "ASEAN: Meningkatkan Ketersambungan dan Daya Tahan (ASEAN: Enhancing Connectivity and Resilience)", menurut agensi berita Vietnam (VNA).
Mengenai kesalinghubungan ASEAN, ia bukan sahaja selaras dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025, bahkan akan menyumbang kepada merealisasikan visi Parti Lao dan Negara dalam mengubah Laos daripada sebuah negara yang dikelilingi daratan kepada sebuah negara dengan ketersambungan baik dengan rantau itu.
"Dalam konteks persaingan yang semakin sengit di dunia, ASEAN perlu mengukuhkan daya tahan. Tanpanya, peranan ASEAN di rantau ini dan dunia akan terjejas.
Mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN 2024, Laos juga akan menyertai negara-negara anggota kumpulan itu dalam menggalakkan kerjasama dalam ketiga-tiga tonggak masyarakat, berusaha untuk merapatkan jurang pembangunan di ASEAN, menggalakkan ketersambungan infrastruktur, integrasi ekonomi dan pertukaran rakyat dengan rakyat, serta mengekalkan peranan utamanya dalam kerangka serantau serta mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi," katanya.
Kommasith berkata, selaku Pengerusi ASEAN, Laos boleh meningkatkan peranan utamanya dalam ASEAN selain meningkatkan kedudukannya di peringkat serantau dan antarabangsa, lapor VNA.
Selain itu, ia juga akan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan untuk Laos mempromosi imej negara dan menarik lebih ramai pelancong domestik dan asing.
Penggiliran Laos sebagai Pengerusi ASEAN itu juga bertepatan dengan "Tahun Melawat Laos", yang menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 4.6 juta pelawat. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Laos yang mempengerusikan ASEAN mulai 1 Januari akan memanfaatkan peluang dan cabaran yang dibawa peranan baharunya itu. - Gambar fail
AWANI Tonight: Political financing: Understanding challenges behind the bill
As the government gathers input on the Political Financing Bill, Dr. Tricia Yeoh of the University of Nottingham Malaysia highlights key issues and challenges hindering the bill's passage.
AWANI Tonight: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli hospital
Mourners gathered at Al-Ahli Arab Baptist Hospital to bid farewell to Palestinian victims of Israeli strikes on Gaza City, amidst widespread destruction and debris.
AWANI Tonight: M'sia ready to accept 15 Palestinian prisoners
Malaysia is prepared to accept 15 Palestinians released from Israeli prisons and resettle them here, says Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

Liga Super: Jumlah penyertaan pasukan hanya diketahui hujung bulan depan - MFL
Dengan hanya berbaki 44 hari lagi, ia akan menjadi tempoh yang sangat kritikal, terutama buat kelab yang sedang bergelut dengan isu kewangan.

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan
Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.
#AWANITonight | 18 March 2025
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital

Bazar Kraf Aidilfitri tampilkan batik tempatan, songket dan kraf tangan
Pelbagai karya pengusaha batik tempatan, tenunan songket dan hasil kraf tangan seperti beg anyaman, dokoh dan manik buatan tangan ditawarkan pada Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Conlay di sini.

Polis serbu stor dan makmal haram, rampas dadah dianggar RM40 juta
Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.

Palestin desak campur tangan segera antarabangsa henti genosid Israel di Gaza
Tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi Selasa, membunuh lebih 320 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

HKK 2025 ditangguhkan untuk penambahbaikan format penganjuran - Fahmi
Penganjuran Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2025 yang sepatutnya berlangsung pada Februari lepas, ditangguhkan berikutan terdapat beberapa penambahbaikan yang sedang dibuat.

Sudah tiba masa Shah Firdaus jadi sandaran nombor satu negara
Kementerian Belia dan Sukan percaya sudah tiba masanya jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi sandaran utama Malaysia untuk menyinar pada kejohanan antarabangsa akan datang.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang menyuarat FOMC
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila peniaga dan pelabur kekal berwaspada menjelang mesyuarat FOMC AS.

Penahanan Duterte dan kesannya: ASEAN perlu kekal neutral
Phar menegaskan ASEAN harus berpegang teguh kepada prinsip tidak campur tangan yang telah lama diamalkan.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Malaysia tuan rumah dua program anjuran IACA, SPRM Julai ini - Azalina
Malaysia akan menjadi tuan rumah program RSA anjuran bersama SPRM dan AoP IACA pada 11 hingga 14 Julai ini.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data IHPR AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang perdagangan.