Memetik laporan Reuters, majlis tersebut dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan arahan itu adalah bagi mengelakkan orang ramai berkumpul pada satu-satu masa.
Kebiasaannya, bulan Ramadan yang akan bermula minggu depan disambut dengan jamuan berbuka puasa bersama keluarga selain solat Tarawih secara berjemaah di masjid.
Pada masa sama, umat Islam diingatkan dengan melakukan perkara itu ia dapat memelihara nyawa orang ramai dan ia adalah perbuatan mulia di sisi Tuhan.
Pada Jumaat, Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz bin Abdullah bin Mohammed Al El-Sheikh, memaklumkan umat Islam perlu menunaikan solat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri perlu dilaksanakan di rumah masing-masing sekiranya penualaran COVID-19 berterusan.
BACA: Arab Saudi umum tiada solat tarawih di masjid tahun ini
Setakat Ahad, Arab Saudi mencatatkan 8,274 kes positif COVID-19 dengan 92 kematian.
Kerajaan Arab Saudi pada pertengahan Mac lalu menghentikan solat berjemaah dan solat Jumaat di dalam masjid bagi mengekang penularan wabak itu.