KUALA LUMPUR: Nakba ialah tragedi kemanusiaan memusnahkan Palestin yang rancak membangun sebagai sebuah negara pelbagai agama, etnik dan budaya pada 1948.
Menjengah ulang tahun peringatan Nakba ke-76 tahun ini, usaha pembelaan hak kemanusiaan warga Palestin yang dinafikan - kekal sebagai harapan yang belum tentu tiba.
Berikut ialah tujuh perkara untuk anda ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai tragedi itu yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
7 fakta mengenai Nakba berdasarkan rekod PBB
1. Palestin dipecahkan kepada dua bahagian; negara Yahudi dan Arab berdasarkan kepada Resolusi 181(ii) mengenai Kerajaan Masa Depan Palestin pada 1947, yang menetapkan penubuhan negara Yahudi dan Arab yang merdeka.
2. Baltulmaqdis ditetapkan sebagai 'corpus separatum' atau Wilayah Istimewa Antarabangsa, tetapi dicabul oleh negara haram Israel melalui beberapa siri tindakan mengambil alih pentadbiran Baitulmaqdis. (Kemuncaknya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump secara unilateral mengisytiharkan kota suci itu sebagai ibu negara israel).
3. Tragedi bermula apabila kumpulan bersenjata Yahudi menyerang kampung-kampung Palestin sehingga mencetuskan Perang Arab-Yahudi pada 1948 yang berakhir dengan pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari tanah asal mereka.
4. Pada Disember 1948, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 194(iii) bagi membenarkan warga Palestin yang hilang tempat tinggal kembali ke kampung halaman secara aman dan diberikan pampasan. Selain itu, resolusi yang sama turut menggariskan langkah membangunkan kembali ekonomi dan fasiliti awam yang terjejas untuk manfaat rakyat.
5. Walaubagaimanapun, selepas hampir 1,100 resolusi diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB, tanah Palestin terus dijarah zionis, hak kemanusiaan terus dicabul negara haram Israel dan dunia hanya mampu menjadi saksi kepada kebobrokan Majlis Keselamatan PBB yang bersikap acuh tak acuh.
6. Ulang tahun memperingati malapetaka Nakba pertama kali diadakan secara rasmi oleh PBB pada 2023 apabila Resolusi A/RES/77/23 diluluskan dengan 90 negara anggota bersetuju, 30 membangkang dan 47 berkecuali.
7. Tragedi seumpama Nakba tidak berlaku hanya sekali sebaliknya berterusan setiap hari sehingga hari ini. Israel terus membina penempatan haram dengan merampas tanah rakyat Palestin dan tidak mengendahkan Resolusi PBB yang mengarahkan rampasan sedemikian dihentikan memandangkan ia betentangan dengan undang-undang antarabangsa termasuk Resolusi S/RES/446 (1979), A/RES/47/172 (1992), A/RES/49/132 (1994) dan lain-lain.
6 fakta Nakba yang disimpulkan AI
1. Pembersihan Etnik: Nakba (Bahasa Arab: النَّكْبَة) merujuk kepada pembersihan etnik warga Palestin dari wilayah Palestin Mandatori (ditubuhkan British) semasa Perang Palestin 1948. Ia melibatkan pemindahan secara paksa, pemilikan tanah, dan pemusnahan masyarakat dan budaya Palestin.
2. Pemindahan dan Pemusnahan: Lebih kurang 750,000 orang Arab Palestin telah diusir dari rumah mereka atau terpaksa melarikan diri. Pasukan paramiliter Zionis dan kemudian Pasukan Pertahanan Israel memainkan peranan dalam proses ini. Banyak bandar dan kampung majoriti Arab telah dihancurkan atau didiami semula oleh orang Yahudi.
3. Pemecahan Masyarakat Palestin: Nakba memecahkan masyarakat Palestin, menyebabkan penafian hak pulang (ke tanah air) bagi pelarian Palestin dan keturunan mereka.
4. Impak Jangka Panjang: Nakba masih menjadi trauma kolektif bagi orang Palestin yang membentuk identiti nasional dan aspirasi politik mereka.
5. Ulang Tahun Peringatan: Orang Palestin menyambut Hari Nakba pada 15 Mei, sehari selepas Hari Kemerdekaan Israel, untuk mengenang peristiwa tahun 1948.
6. Kepentingan Simbolik: Nakba adalah asas kepada budaya dan identiti Palestin, disimbolkan oleh kunci tahun 1948, keffiyeh, dan watak kartun politik Handala .
Irfan Faruqi
Wed May 15 2024

Watak kartun Handala (kiri) dicipta oleh kartunis Palestin, Naji al-Ali pada 1969 yang kemudiannya menjadi simbol perjuangan memerdekakan Palestin. - Foto/ Wikipedia

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).