DUBAI: Pusat Angkasa Mohammed Bin Rashid (MBRSC) Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis mengumumkan pemilihan Sultan AlNeyadi sebagai angkasawan pertama Arab yang melakukan spacewalk atau "berjalan di angkasa" semasa Ekspedisi 69 di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), yang dijadualkan pada 28 April.
Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), UAE akan menjadi negara ke-10 yang melakukan spacewalk yang juga dikenali sebagai Extravehicular Activity (EVA) - di ISS.
AlNeyadi akan menjadi sebahagian daripada EVA ke-262 dalam membantu pemasangan, penyelenggaraan dan penambahbaikan di stesen angkasa.
Pengerusi MBRSC, Hamad Obaid AlMansoori berkata perjalanan angkasa lepas bersejarah Sultan AlNeyadi adalah bukti dedikasi UAE yang tidak berbelah bahagi untuk melangkah lagi ke depan dalam penerokaan angkasa lepas dan memupuk kerjasama antarabangsa.
"Sebagai angkasawan Arab pertama yang bersedia untuk melakukan EVA, AlNeyadi membawa aspirasi seluruh wilayah dan melambangkan kemungkinan tanpa had dalam pencapaian kami secara kolektif.
"Pencapaian ini juga merupakan penjelmaan visi jangka panjang kami untuk mengukuhkan kedudukan UAE sebagai peneraju global dalam angkasa, sains dan teknologi, dan pada masa yang sama dapat terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk mengejar pengetahuan dan inovasi tanpa henti," kata Hamad.
Angkasawan yang dipilih untuk berjalan di angkasa lepas di ISS menjalani proses pemilihan yang ketat berdasarkan kemahiran, pengalaman dan kebolehan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran ruang angkasa yang mencabar.
Mereka mesti menunjukkan kecekapan yang luar biasa dalam pelbagai bidang, seperti kejuruteraan, robotik dan sistem sokongan hayat serta kecergasan fizikal dan daya tahan mental yang sangat baik, menurut WAM.
EVA di ISS penting untuk mengekalkan, menaik taraf dan meningkatkan keupayaan makmal orbit.
EVA membolehkan angkasawan melaksanakan tugas seperti penyelenggaraan dan pembaikan sistem penting, pemasangan teknologi dan perkakasan baharu serta pemasangan dan pembinaan modul ISS.
EVA di ISS juga melambangkan kerjasama antarabangsa, dengan angkasawan dari pelbagai negara bekerjasama dan mempromosi perkongsian pengetahuan dan sumber.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023

AlNeyadi akan menjadi sebahagian daripada EVA ke-262 dalam membantu pemasangan, penyelenggaraan dan penambahbaikan di stesen angkasa. - Foto/Twitter Sultan AlNeyadi

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Angkasawan UAE bakal lakar sejarah sebagai Arab pertama lakukan 'spacewalk'
Pusat Angkasa Mohammed Bin Rashid (MBRSC) Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan pemilihan Sultan AlNeyadi sebagai angkasawan pertama Arab yang melakukan 'spacewalk'.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).