GAZA: Pasukan tentera Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lepas, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 64 rakyat Palestin dan kecederaan 155 yang lain, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 41,182 kematian yang dilaporkan, dengan 95,280 individu mengalami kecederaan.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mengakses ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bertaburan di jalan raya merentasi kawasan yang diserang, kerana tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.

-- BERNAMA