"Terdapat pergerakan tanah yang menyekat aliran sungai Aguas Claritas, menyebabkan aliran air yang deras menghanyutkan rumah-rumah di kawasan itu," kata pengarah Pertahanan Awam Cauca, Mejar Juan Carlos Sandoval.
Usaha mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan Micay Canyon perbandaran El Tambo terhalang akibat kejadian tanah runtuh, menurut Sandoval.
Antara yang cedera termasuk bapa kepada kanak-kanak yang hilang.
Pengarah Unit Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan, Carlos Carrillo mengumumkan rancangan untuk menubuhkan Pos Komando Bersatu di Popayan bagi menyelaras usaha mencari mangsa hilang, dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan penduduk yang terjejas.
-- BERNAMA