Kenyataan kementerian itu juga menyatakan, seramai 96,092 orang telah cedera dalam serangan yang masih berterusan.
"Tentera Israel membunuh 39 orang dan mencederakan 86 yang lain dalam empat pembunuhan beramai-ramai keluarga dalam tempoh 24 jam yang lepas," kata kementerian itu.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," katanya.
Meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menyeru gencatan senjata segera, Israel terus melancarkan serangan tanpa henti di Semenanjung Gaza selama hampir setahun sejak 7 Oktober.
Serangan itu telah menyebabkan hampir seluruh penduduk wilayah berkenaan terpaksa berpindah, sementara sekatan yang masih berjalan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang teruk.
Israel turut berdepan tuduhan melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakannya di Gaza. - BERNAMA