TAKTIK licik seorang wanita dan suaminya dari Kansas, Amerika Syarikat untuk memakan wang pencen 'haram' bapa yang sudah meninggal dunia berjumlah AS$215,000 (RM1.1 juta) membawa padah apabila mereka ditahan baru-baru ini.
Malah pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar apabila pihak berkuasa berkata alat perentak jantung Mike Carroll telah menunjukkan dia meninggal dunia pada 2016 semasa berumur 81 tahun dan mayatnya tidak ditemui sehingga 2022 sehingga menjurus kepada siasatan selanjutnya.
Pendakwa raya berkata, tertuduh anak perempuan Carroll, Lynn Ritter dan menantunya, Kirk Ritter, masing-masing berusia 61 tahun didapati 'berjoli sakan' dengan berbelanja dari akaun bank milik warga emas itu yang mayatnya masih disimpan atas katil di rumah didiami mereka.
Anggota keluarga memberitahu portal berita Kansas City Star bahawa mereka masih tertanya-tanya mengapa Lynn sering memberi alasan mereka tidak boleh melawat atau menelefon Carroll dan menyatakan ayahnya 'sihat'.
Namun, selepas kes ini tersebar baru lah mereka tahun bahawa Carroll itu sudah meninggal dunia sejak enam tahun lalu dan anak serta menantunya menyembunyikan kematian semata-mata untuk mencuri duit pencennya tanpa melaporkan kepada polis.
Pasangan itu dijangka hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk berdepan beberapa pertuduhan pada 2 Februari depan.
Pendakwa raya berkata, skim pencen dan bayaran Keselamatan Sosial diterima Carroll sejak enam tahun lalu berjumlah AS$216,067.
Tetapi rekod bank dari masa itu menunjukkan cek ditulis dari akaun banknya dan ditunaikan oleh Lynn dan Kirk Ritter. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Wed Jan 31 2024

Alat perentak jantung Mike Carroll menunjukkan dia meninggal dunia pada 2016 semasa berumur 81 tahun. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.