Pertubuhan hak asasi manusia itu dalam laporan setebal 300 muka surat bertajuk 'You feel like you are subhuman': Israel's genocide against Palestinians in Gaza", menyatakan bahawa semasa apa yang digelarnya serangan Israel, tentera rejim dengan sengaja membawa penderitaan dan kemusnahan kepada penduduk Gaza.
"Penemuan kami yang mengejutkan ini mesti menjadi peringatan kepada masyarakat antarabangsa: ini adalah genosid. Ia mesti dihentikan sekarang," kata Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard dalam satu kenyataan.
Israel secara konsisten menafikan tuduhan itu, menyatakan tindakannya bersifat defensif dan memetik haknya untuk mempertahankan diri.
Amnesty menegaskan bahawa matlamat Israel adalah untuk memusnahkan rakyat Palestin sebagai sebuah kumpulan. Negara-negara yang terus membekalkan senjata kepada Israel berisiko bersubahat, menurut laporan itu.
"Negara yang masih memindahkan senjata kepada Israel pada masa ini mesti tahu bahawa mereka melanggar kewajipan untuk mencegah genosid dan berisiko bersubahat dalam genosid," kata Callamard.
Pertubuhan itu menyeru supaya genosid dihentikan segera, pelaksanaan gencatan senjata dan semua tawanan dibebaskan.
-- BERNAMA