JUNEAU: Amaran tsunami telah dikeluarkan berikutan gempa bumi berukuran 7.3 magnitud yang melanda luar pantai Alaska.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan pagi ini telah mengeluarkan amaran tahap merah selepas gempa bumi kuat itu.


Pada masa sama, Balai Cerap Gunung Berapi Alaska juga mengeluarkan notis ancaman untuk gunung berapi Shishaldin setelah ia melepaskan kepulan asap yang tebal.

Sistem Amaran Tsunami AS mengeluarkan notis amaran itu susulan gempa bumi yang melanda pada awal Ahad.