Seorang anggota tentera dan empat anggota kumpulan militan Al Shabab terbunuh dalam satu serangan rangkaian militan Al Qaeda di Somalia.
Serangan mensasarkan kem latihan pegawai perisikan khas di Moghadishu.
Polis yang mengesahkan kejadian itu berkata, ia bermula dengan serangan berani mati menggunakan kereta di luar bangunan perisikan yang mengorbankan dua anggota militan dan seorang tentera.
Selepas serangan pertama itu, tentera Somalia dilaporkan telah menembak mati dua lagi penembak yang telah menceroboh rumah penduduk tempatan.
Rangkaian Al Qaeda - Militan Al Shabab itu dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan yang dilakukan pada Ahad itu.
Sementara itu jurucakap kerajaan berkata pasukan keselamatan negara itu sedang dalam tempoh berjaga-jaga bagi mengelak kejadian serupa berulang yang bakal memudaratkan orang awam.
Agensi
Mon Jun 22 2015

Rangkaian Al Qaeda - Militan Al Shabab itu dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan yang dilakukan pada Ahad itu.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Al Shabab serbu kem latihan perisikan, lima terbunuh
Seorang anggota tentera dan empat anggota kumpulan militan AlShabab terbunuh dalam satu serangan rangkaian militan Al Qaeda di Somalia.