GARA-gara memuat naik ciapan berunsur menghasut, akaun Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disekat selama 12 jam.
Ia selepas Trump memuat naik beberapa ciapan dan video rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan pilihan raya AS baru-baru ini, termasuk mendakwa pilihan raya itu telah ‘dicuri’ oleh presiden yang dipilih Joe Biden.
Sebaliknya, Trump mendakwa bahawa beliau pemenang sebenar pilihan raya itu.
Jika diperhatikan ketika ini, beberapa ciapan dan video dimuat naik oleh Trump telah dibuang dengan amaran oleh Twitter Safety “ia tidak lagi tersedia kerana melanggar Peraturan Twitter”.
Ia merupakan kejadian pertama yang berlaku sejak Trump dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat dan tidak pernah berlaku sebelum ini kerana statusnya sebagai Presiden AS.
Namun, kekebalan beliau ditarik semula selepas Biden memenangi pilihan raya.
Awal pagi ini, berlaku rusuhan di Bangunan Capitol apabila penyokong Trump yang memprotes keputusan pilihan raya itu serta menghalang Joe Biden daripada disahkan sebagai Presiden AS seterusnya.
Susulan itu, sesi pengesahan ditunda malah seorang perusuh turut dilaporkan mati terkena tembakan.
Selepas ciapan tersebut dipadam, Twitter Safety turut menyatakan bahawa akaun Donald Trump telah dikunci selama 12 jam kerana melakukan kesalahan melanggar terma platform mereka.
Malah, Trump juga perlu memadam lagi beberapa ciapan yang didapati tidak mematuhi terma laman sebelum akaun tersebut disekat.
Selain di Twitter, video yang sama turut dimuat naik ke laman Facebook dan YouTube dan ia turut dibuang dari laman berkenaan kerana dikhuatiri boleh menghasut lebih banyak penyokong untuk merusuh.
Timbalan presiden bahagian integriti Facebook, Guy Rosen menerusi akaun Twitter beliau sebentar tadi turut mengesahkan perkara itu.
Manakala YouTube juga turut dilapor telah menarik semula video berkenaan daripada platform mereka dengan menyatakan ia telah melanggar peraturan serta menyebarkan maklumat salah berkenan pilihan raya.
Afiq Ariffin
Thu Jan 07 2021
![Akaun Twitter Donald Trump disekat 12 jam kerana didakwa hasut penyokong Akaun Twitter Donald Trump disekat 12 jam kerana didakwa hasut penyokong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608177543_DonaldTrump.jpg)
Trump juga perlu memadam lagi beberapa ciapan yang didapati tidak mematuhi terma laman sebelum akaun tersebut disekat. -Foto AP Newsroom
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Temu bual Trump bersama Musk di X terganggu akibat serangan DDoS Temu bual Trump bersama Musk di X terganggu akibat serangan DDoS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723520099_DonaldJTrump.jpg)
Temu bual Trump bersama Musk di X terganggu akibat serangan DDoS
Menurut Elon Musk, serangan Distributed Denial of Service (DDoS) besar-besaran mengganggu wawancara secara langsungnya dengan calon Presiden AS, Donald Trump.
![Pengurusan Celine Dion kecam Trump guna lagunya semasa berkempen Pengurusan Celine Dion kecam Trump guna lagunya semasa berkempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722078641_celinedion.jpg)
Pengurusan Celine Dion kecam Trump guna lagunya semasa berkempen
Pasukan pengurusan Dion mengeluarkan kenyataan bagi pihak artis Kanada itu dan syarikat rakamannya, mengatakan penggunaan lagu berkenaan "sama sekali tidak dibenarkan".
![Trump setuju sertai tiga debat pada September, tunggu jawapan Kamala Harris Trump setuju sertai tiga debat pada September, tunggu jawapan Kamala Harris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723155925_MAshup.jpg)
Trump setuju sertai tiga debat pada September, tunggu jawapan Kamala Harris
Trump umum hasratnya untuk tambah dua lagi sesi debat dengan pesaingnya, Harris di stesen televisyen Fox dan NBC.
![Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722664895_USElectionKamala.jpg)
Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept
Trump berkata beliau mencapai persetujuan dengan Fox News untuk mengadakan debat dengan Harris pada 4 Sept di Pennsylvania.
![Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan' Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721599360_DonaldTrump.jpg)
Trump sifatkan pembukaan Olimpik Paris sebagai 'memalukan'
Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris minggu lepas sebagai memalukan.
![Biden umum pelan pembaharuan Mahkamah Agung pada Isnin - Laporan Biden umum pelan pembaharuan Mahkamah Agung pada Isnin - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722058877_JoeBiden.jpg)
Biden umum pelan pembaharuan Mahkamah Agung pada Isnin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berhasrat mengemukakan cadangan penting yang bertujuan untuk mereformasi Mahkamah Agung pada Isnin.
![FBI sahkan telinga Trump memang terkena peluru semasa cubaan bunuh FBI sahkan telinga Trump memang terkena peluru semasa cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720920437_DonaldTrump.jpg)
FBI sahkan telinga Trump memang terkena peluru semasa cubaan bunuh
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terkena peluru semasa percubaan pembunuhannya awal bulan ini, menurut kenyataan FBI.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi tubuhkan pasukan petugas, siasat cubaan bunuh Trump Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi tubuhkan pasukan petugas, siasat cubaan bunuh Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721893961_DonaldTrump.jpg)
Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi tubuhkan pasukan petugas, siasat cubaan bunuh Trump
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu sebulat suara mengundi untuk menubuhkan pasukan petugas dwipartisan yang bertanggungjawab menyiasat cubaan bunuh bekas Presiden Donald Trump.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (dolar US) hari ini berikutan minat belian baharu menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, kata seorang penganalisis.