Laman media sosial Facebook dan Instagram mengambil tindakan tegas terhadap akaun yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Israel selepas didapati melanggar privasi pengguna lain selain mempromosikan ucapan kebencian.
Syarikat terbabit mengumumkan ia telah menyekat 265 akaun, halaman dan kumpulan yang dikaitkan dengan Israel.
“Mereka yang terlibat dalam aktiviti itu melakukan tingkah laku tidak wajar dengan menyasarkan pengguna di Asia Tenggara, Amerika Latin dan Afrika.
"Mereka yang berada di belakang rangkaian itu turut menggunakan akaun palsu untuk menyebarkan propaganda,” kata Ketua Dasar Keselamatan Siber, Nathaniel Gleicher.
Beliau turut mengenal pasti syarikat perundingan politik berpusat di Tel Aviv, Archimedes Group sebagai sumber aktiviti gerakan terbabit.
Difahamkan, Archimedes mempunyai 65 akaun Facebook, 161 halaman dan empat akaun Instagram.
Mereka yang beroperasi di sebalik akaun itu didakwa berpura-pura menjadi wartawan akhbar tempatan dan menyebarkan maklumat palsu tentang ahli politik.
“Pentadbir halaman dan pemilik akaun terbabit sering memuat naik berita politik termasuk topik seperti pilihan raya di pelbagai negara, pandangan calon dan kritikan terhadap lawan politik,” ujarnya lagi.
Jelasnya, kempen itu turut mengeluarkan kira-kira AS$812,000 (RM3.4 juta) untuk bayaran iklan di Facebook.
Sinar Harian
Sat May 18 2019

Laman media sosial Facebook dan Instagram mengambil tindakan tegas terhadap akaun yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Israel. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Akaun palsu Israel kena sekat di Facebook, Instagram
Syarikat terbabit mengumumkan ia telah menyekat 265 akaun, halaman dan kumpulan yang dikaitkan dengan Israel.